Takde Pengalaman Pun Majikan Tak Ambik Peduli Kalau Ada 6 Kriteria Ni
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Takde Pengalaman Pun Majikan Tak Ambik Peduli Kalau Ada 6 Kriteria Ni

post by MJ

by MJ

Jul 5, 2022
pada 7:13 AM

Takde Pengalaman Pun Majikan Tak Ambik Peduli Kalau Ada 6 Kriteria Ni

Bertahun tahun habiskan masa, duit, semata mata untuk nak sambung belajar dekat universiti. Yelah kang tak sambung belajar orang kata takde masa depan kan... Tu satu hal. Bila dah habis belajar rupanya kene cari kerja. Cari kerja zaman 2022 ni pulak bukan senang tau! Bos bos semua dah pandai nak pilih pekerja yang macam mana dorang nak. Mesti ada kriteria tersendiri.

Macam mana nak tahu majikan majikan dekat Malaysia ni suka pekerja yang macam mana? Ini diaaaa min dah list kan"-

1. Terima hakikat dan bersedia belajar perkara baru

kalau korang perasan ada sesetengah jawatan kosong dia tak perlukan pun requirement tinggi tinggi ni. Cukup sekadar korang perlu berdedikasi dan sentiasa nak belajar tu pun dah cukup bagi majikan.

Senang cerita majikan macam ni tak kisah korang belajar tara mana, yang penting korang nak beajar dia onz!

2. Apa kemahiran yang ada dalam diri korang? Kena tahu!

yang kedua ni mestilah korang kena ada skills, Takde skills macam mana nak dapat kerja kan. Skills ni ada banyak, bukan skill edit video gambar je. Microsoft ada, communication ada. Macam macam lah. Kalau korang ada salah satu skills ni, majikan mesti suka punya!

3. Kaji jawatan yang dimohon

Bila ada jawatan kosong tu, mestilah korang kene research. Takde pengalaman? Takpe. Cuba kaitkan jawatan kosong tu dengan hidup korang. Boleh jadi hobi ke, passion korang ke. Macam contoh admin dulu belajar medic, tapi sebab ada passion dan hobi pasal menulis, tengok sekarang jadi penulis. hehe

4. Tekankan soft skills yang korang ada

Tadi kita dah cerita pasal skills. Sekarang soft skill. Penting nya soft skill ni menunjukkan korang ni boleh bercakap, yakin. Soft skill ni pun ada banyak majikan suka okay!

5. Tahu nilai diri

Kalau nak kata pengalaman tak cukup, sebenarnya kita boleh je cerita pasal pengalaman hidup kita. Asalkan ada kena mengena okay lah. Tak lari jauh. Pengalaman kita ni pun penting jugak.

6. Kena sentiasa realistik

Apa apa sekalipun, jadi lah orang yang berpijak di bumi nyata. Jangan lah apply kerja yang tak sepadan dengan pengalaman korang okay. Mana maunya nak dapat kerja macam tu!