Apa Fungsi Sebenar Akaun 1 dan 2 Dalam KWSP? Ramai Tak Tahu Ni!
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Apa Fungsi Sebenar Akaun 1 dan 2 Dalam KWSP? Ramai Tak Tahu Ni!

post by MJ

by MJ

Jul 11, 2022
pada 7:20 AM

Apa Fungsi Sebenar Akaun 1 dan 2 Dalam KWSP? Ramai Tak Tahu Ni!

Mungkin korang tahu tiap tiap bulan dalam Payslip korang ada kene tolak KWSP. Tapi pernah tak terfikir apa dia akaun 1 dengan 2 tu. Apa boleh buat dengan duit duit dari 2 akaun ni? Takkan tahu keluar time PM umum boleh keluar RM10k je?

Kenapa ada 2 Akaun KWSP?

KWSP ini dibahagikan kepada 2 akaun kerana ianya berbeza. Okay, caruman yang korang dapat setoap bulan daripada majikan itu akan dibahagikan kepada 70:30. 70% akan disalurkan ke Akaun 1 dan baki 30% adalah ke dalam Akaun 2 korang. 

Apa fungsi sebenar Akaun 1?

Simpanan dalam Akaun 1 adalah bertujuan untuk kegunaan selepas persaraan atau erti kata lainnya adalah simpanan untuk hari tua kelak. Ianya  juga untuk tujuan pelaburan dan tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum mencecah usia 55 tahun. Akaun ini boleh diletakkan penama jadi jika meninggal dunia atau hilang upaya, masih ada waris untuk keluarkan duit simpanan. Duit dalam Akaun 1 ini dibolehkan untuk melabur sebahagiannya dan untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman web rasmi KWSP. 

Bagaimana pula dengan 30% di Akaun 2?

Akaun ini adalah bertujuan untuk membuat persedian bagi persaraan kelak. Akaun 2 ini dibenarkan untuk melakukan pengeluaran tetapi dengan bersyarat:

1. Mencecah umur 50 tahun.

2. Pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama 

3. Penyelesaian baki pinjaman perumahan - rumah pertama

4. Pembiayaan pendidikan peribadi 

5. Menampung kos perubatan

6. Menunaikan haji