"Aku Dah Resign, Tapi Bos Aku Tak Bagi Gaji Lagi.." - 4 Perkara Korang Kena Tahu, ELAK DITIPU
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

"Aku Dah Resign, Tapi Bos Aku Tak Bagi Gaji Lagi.." - 4 Perkara Korang Kena Tahu, ELAK DITIPU

post by MJ

by MJ

Jul 18, 2022
pada 8:41 AM

Masa tengah kerja gaji yang majikan bagi biasanya konsisten dan on time lah orang kata. Kebiasaannya masalah akan timbul bila orang tu resign.Kami yakin pasti ramai yang menghadapi masalah di mana majikan tak bayar-bayar gaji korang setelah korang keluar daripada syarikat tersebut. Kadang tu makan masa sampai berbulan-bulan.

Haa ini ada 4 points penting yang setiap pekerja perlu ambil tahu tentang gaji. Kalau satu hari nanti terjadi kejadian macam ni kat korang, sekurang-kurangnya korang dah tahu dah nak buat apa.

Tempoh Dan Masa Pembayaran Upah

Seksyen 18 Akta Pekerjaan telah mewajibkan majikan agar membayar upah pekerja sekurang-kurangnya sekali bagi setiap satu bulan

Setelah tempoh dan masa pembayaran itu telah ditetapkan, majikan mestilah membayar upah TIDAK LEWAT daripada 7 hari selepas tempoh itu berakhir. KECUALI jika majikan dapat memuaskan hati Ketua Pengarah (Jabatan Tenaga Kerja) yang pembayaran itu tidak dapat dibuat atas sebab-sebab yang munasabah.

Selain itu, bayaran gaji hendaklah dibuat dalam NILAI YANG SAH. Ini bermakna kalau korang bekerja di Malaysia, upah hendaklah di bayar dalam RINGGIT MALAYSIA dan begitu juga sebaliknya. 

Ia juga hendaklah dibayar dalam bentuk TUNAI, namun Seksyen 25A pula membenarkan upah dibayar dalam bentuk cek atau ke dalam akaun bank pekerja, tertakluk kepada kebenaran pekerja tersebut. Tapi pekerja juga boleh menarik balik persetujuan ini dengan member notis 4 minggu dengan alasan yang munasabah.

Pendahuluan Upah

Terdapat majikan-majikan terutamanya kepada pekerja yang berpendapatan amat rendah seperti di tapak-tapak binaan perlu memberikan wang pendahuluan bagi pekerja mereka. Walaupun ini telah dibenarkan oleh Akta, namun  Seksyen 22 Akta Pekerjaan 1955 ada menyatakan bahawa majikan TIDAK BOLEH dalam mana-mana satu bulan memberi pendahuluan pada pekerja MELEBIHI JUMLAH UPAH yang diperolehi oleh pekerja itu pada bulan sebelumnya kecuali:

a)    bagi membolehkannya membeli, membina atau membaiki sebuah rumah;

b)    bagi membolehkannya membeli tanah;

c)    bagi membolehkannya membeli ayam itik;

d)   bagi membolehkannya membeli sebuah motokar, motorsikal atau basikal;

e) bagi membolehkannya membeli syer perniagaan majikan itu yang ditawarkan untuk jualan oleh majikan itu;

f)   bagi mana-mana tujuan lain:

Keutamaan Upah

Setiap majikan mesti membayar upah pada pekerjanya apabila kerja tersebut telah selesai dan sempurna dilaksanakan. Kegagalan berbuat demikian adalah satu perlanggaran pada terma kontrak.

Mengikut Seksyen 31 pula, jika harta majikan atau orang yang bertanggungjawab membayar upah pekerja dijual dengan perintah mahkamah atau wang mereka dibekukan, pihak mahkamah akan memastikan mana-mana wang yang perlu dibayar kepada pekerja empat bulan upah dibayar lebih dahulu sebelum bayaran kepada mana-mana pemiutang bercagar dibuat.

Potongan Terhadap Upah

Potongan terhadap upah TIDAK  BOLEH DI BUAT SESUKA HATI MAJIKAN dan perlu mengikuti peruntukan Akta Pekerjaan 1955. Menurut Seksyen 24 Akta Pekerjaan 1955, majikan dibenarkan membuat potongan terhadap upah dalam keadaan-keadaan tertentu seperti yang berikut:

  • Potongan-potongan hingga setakat apa-apa bayaran lebih yang dibuat atas kesilapan majikan dalam masa tiga bulan sebelum itu
  • Potongan-potongan bagi indemniti yang perlu dibayar kepada majikan jika pekerja menamatkan kontrak perkhidmatannya di bawah seksyen 13
  • Potongan yang dibenarkan oleh undang-undang bertulis yang lain sebagai contohnya seperti Caruman KWSP, PERKESO dan LHDN