Tahu Malayisa ni panas semua orang nak pasang aircond kan. Tapi tulah. pasang aircond ni orang kata bil letrik nanti mahal! Ye je korang ni? Ada orang share tips ni macam mana nak pakai aircond tapi bil letrik steady macam pakai kipas je.


by Maukerja Team
Tahu Malayisa ni panas semua orang nak pasang aircond kan. Tapi tulah. pasang aircond ni orang kata bil letrik nanti mahal! Ye je korang ni? Ada orang share tips ni macam mana nak pakai aircond tapi bil letrik steady macam pakai kipas je.
Follow tips ni!
Kurangkan penggunaan pennyaman udara dengan memasangnya apabila betul-betul diperlukan sahaja. Kalau cuaca tidak panas pun boleh je gunakan kipas sahaja kan? Ianya lebih jimat. Kalau cuaca panas sampai tidur pun berpeluh, baru lah pasang.
Elakkan daripada menurunkan suhu sehingga paling rendah iaitu 16 celcius. Ini akan membuatkan kompressor korang mencapai penggunaan elektrik pada tahap maksima. Laraskan sekitar 23-25 darjah celcius sahaja. Jangan risau, bilik akan masih rasa sejuk walaupun pada tahap 25 celcius disebabkan oleh udara sejuk yang terkumpul dalam bilik.
Jangan biarkan penyaman udara terpasang apabila tidak digunakan. Katakan lah korang mahu keluar untuk membeli barang dalam tempoh yang lama, matikan penyaman udara untuk elakkan pembaziran. Ingat, elektrik akan tetap berjalan walaupun tidak digunakan.
Sebelum tidur, setkan timer atau sleep mode dahulu. Biasanya korang guna penyaman udara sejam ke dua jam sahaja kan untuk nak nyenyak tidur. Jadi setkan timer dan selepas dah tidur tu, bilik pun dah sejuk beku gunakan lah pula kipas untuk jimat.
Pastikan bilik tertutup rapat dan tiada tingkap atau pintu yang terbuka. Kalau korang pasang penyaman udara dan biarkan pintu terbuka memang lambat lah bilik tu nak jadi sejuk. Lagi banyak elektrik digunakan adalah. Sebab itu bil elektrik melambung tinggi.
Ramai betul malas nak bersihkan penyaman udara. Mesti penyaman udara tu tak terusik sejak beli lagi kan? Dah berapa tahun tak bersihkan penapis tu? Cuba buka danlihat betapa tebalnya habuk. Penapis penyaman udara yang berhabuk pun boleh membuatkan kompressor menggunakan elektrik yang banyak sebab udara sejuk tak keluar banyak.
Tak nak lah servis penyaman udara sebab mahal dan bukannya perlu sangat pun. Sebenarnya servis ni perlu tau untuk nak kekalkan penyaman udara berfungsi pada tahap optima. Bukannya servis sebulan sekali, tetapi setahun sekali pun dah cukup.
Penyaman udara yang sudah berusia lama tidak akan beroperasi dengan elok. Ianya akan banyak makan elektrik dan bilik tak sejuk macam dulu lagi walaupun sudah pasang pada tahap 16 celcius.
Energy Star ini bermaksud yang barang elektronik tersebut lebih jimat dan lebih cekap dalam penggunaan elektrik. Gunakan yang eco friendly serta kurang penggunaan elektrik untuk lebih penjimatan.