Habis Probation Tapi Bos Tak "Confirm" Kan Korang. Mesti Ada 5 Sebab Ni!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Habis Probation Tapi Bos Tak "Confirm" Kan Korang. Mesti Ada 5 Sebab Ni!

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Jul 20, 2022
pada 8:05 AM

Tak semua dalam dunia pekerjaan ni best tau. Mesti ada manis masin pahit masam semua. Mesti ada je benda tak kena tanpa kita sedar. Sudah menjadi lumrah bahawa di mana-mana kita berada cabaran itu sentiasa ada dan tak tertinggal di tempat kerja juga.

Tak terlepas juga bagi korang yang selalu dipecat daripada bekerja. Ini sedikit sebanyak memberi kesan buruk dalam reputasi pekerjaan korang dan ada kemungkinan untuk majikan lain mengambil korang bekerja adalah tipis disebabkan record yang buruk di tempat kerja lama. Kali ini, maukerja akan berkongsikan 5 fakta kenapa boss tak lagi berminat nak mengambil korang bekerja.

1. Suka cakap lepas 

Perangai pekerja yang suka membawa mulut ini memang menjadi sesuatu perkara yang patut korang elakkan. Kerana boleh terjadi fitnah kalau korang tersalah bawa berita yang buruk mengenai sesuatu perkara, lebih-lebih lagi kalau ia ada kaitan dengan majikan sendiri.

Lebih buruk kalau korang dah terbiasa dengan perangai yang suka cakap lepas. Ini perkara yang sangat-sangat bahaya bila korang suka mengatakan sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain. Kalaulah dengan pelanggan pun korang boleh terlepas cakap sebagai contoh dalam keadaan marah-marah atau tak berpuas hati, tak mustahil boss dah tak nak korang bekerja dengan syarikatnya lagi. 

2. Tak ada sikap toleransi

Ada segelintir orang yang suka mementingkan diri mereka termasuklah dalam pekerjaan di pejabat. Terlalu mementingkan diri dalam melaksanakan pekerjaan bukan sahaja menyusahkan orang lain tetapi membuatkan hasil kerja tidaklah seperti yang diharapkan.

Orang yang mementingkan diri ini juga selalu mempunyai tentangan terhadap pendapat orang lain. Mereka hanya mendengar apa perkara yang mereka katakan betul walaupun hakikatnya perkara itu adalah jelas adalah salah dan banyak kekurangan. Orang lain tak dianggap penting dan mereka amat sukar untuk bekerjasama sebagai satu team dalam pekerjaan. 

3. Tak ada disiplin

Walaupun sebenarnya golongan ini tahu bahawa di tempat kerja terdapat banyak peraturan dan budaya bekerja yang sudah ditetapkan, tetapi mereka tetap mengambil mudah dengan segala peraturan atau polisi yang sudah ditetapkan syarikat.

Sebagai contoh waktu bekerja bermula pada pukul 9 pagi tetapi oleh kerana sudah menjadi tabiat korang selalu datang lewat pada pukul 10 pagi dan balik mengkut masa atau lebih awal daripada yang ditetapkan. Sekali dua tak mengapa ini kesalahan yang sama diulang banyak kali tanpa rasa bersalah.

4. Cakap besar tapi hasil tiada

Bila berbincang mengenai idea dan penambahbaikan sesuatu projek atau kerja, orang yang cakap besar ini akan sentiasa memberi idea-idea yang 'meletup' dan cemerlang sekali. Tapi sayang kalu hanya idea dikeluarkan dari bibir tapi usaha hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Segelintir orang yang bersikap begini sebenarnya hanya memasang cita-cita tanpa cuba mencapainya. 

Hasil yang menghampakan membuatkan boss merasa kecewa dengan sikap korang yang hanya mampu cakap besar tanpa ada semangat yang berkobar-kobar dalam perlaksanaan . Orang tua-tua cakap 'usaha itu tangga kejayaan' dan mana mungkin ada pepatah berbunyi 'kata-kata tangga kejayaan' Cakap kosong saja tak akan menghasilkan seperti apa yang dirancang dan memang patut boss rasa korang patut dipecat. 

5. Rasa diri adalah penyumbang utama

Bila korang rasa koranglah merupakan tulang belakang kejayaan syarikat tanpa ada kerjasama orang lain, ia cukup membuktikan bahawa korang adalah jenis yang 'angkat bakul' atau perasan lebih. Korang perlu beringat bahawa dalam menjayakan sebuah syarikat ramai lagi pekerja yang bertungkus lumus dalam menaikkan nama syarikat dan bukanlah diri korang saja.

Begitu juga dalam kerja berkumpulan. Sikap kerjasama antara rakan sekerja atalah tunggak kepada kejayaan sesuatu projek dan rasa besar diri adalah satu sikap yang tak patut korang tunjukkan.