Gila Main Telefon Sampai Bahayakan Orang, Negara Ni Pasang Traffic Light Dekat Atas Lantai
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Gila Main Telefon Sampai Bahayakan Orang, Negara Ni Pasang Traffic Light Dekat Atas Lantai

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Jul 20, 2022
pada 11:08 AM

Untuk pengetahuan korang, sebuah bandar di Belanda yang dikenali dia ambik satu inisiatif bagi membendung masalah orang yang suka main telefon sambil jalan. Satu garisan lampu LED telah dipasang di atas jalan di bahagian pejalan kaki dan fungsinya diselarikan dengan lampu isyarat biasa. Yelah korang kalau dah main telefon, kalau dah main ML sambil jalan, takdenya dah nak pandang tempat lain. Kebanyakan pejalan kaki yang terlalu fokus menggunakan smartphone tanpa menghiraukan keadaan sekeliling amat merbahaya terutamanya ketika melintas jalan. Kedudukan lampu isyarat yang tinggi menambahkan lagi peratusan berlakunya kecelakaan. Ini kerana mata mereka hanya tertumpu pada skrin hingga tidak perasan lampu isyarat merah untuk melintas.

Macam lampu isyarat ni kita tengok. Kalau lampu isyarat bertukar merah, lampu LED tersebut juga akan bertukar kepada warna yang sama. Ia diletakkan di garisan lintas di kawasan pejalan kaki bagi memudahkan pejalan kaki melihat isyarat lalu lintas walaupun mata mereka tertumpu pada skrin telefon masing-masing.

Menarik, kan? Mungkin idea ini boleh ditiru lepastu buat nuh dekat KL tuh!