Mintak Kerja, Tapi MAK Yang Follow Up. Kan Dah Kene Sekolah FREE
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Mintak Kerja, Tapi MAK Yang Follow Up. Kan Dah Kene Sekolah FREE

post by MJ

by MJ

Jul 25, 2022
pada 10:23 AM

Perkongsian dari seorang HR bernama Marlia Ramli ni mengisahkan tentang benar dunia ini kejam kena berani dalam mengharungi cabaran dan perlu lah berdikari kalau nak 'selamat' dalam industri. Lebih-lebih lagi pada abad yang ke 21 ini, persaingan semakin sengit jadi ia adalah tanggungjawab calon sendiri untuk jadi 'kuat' jika ingin menerpa kerjaya.

Sekiranya anda sedang dalam proses mencari kerja, cari lah dengan betul. Ianya bukan mudah. Kalau lah boleh jangan lah sehingga tergolong dalam golongan graduan muda yang terlalu manja, pemalas dan suka ambil sambil lewa. Dalam kisah ini HR ini berkongsikan kisah tentang seorang calon manja memohon kerja.

"Keluar Dari Ketiak Mak"

Korang bayangkan lah, ni bukan zaman sekolah dah nak mintak mak yang tolong cekkan. ish!

YOU MARAH?

Perkara mudah yang calon terutamanya fresh graduate terlepas pandang bila mohon kerja:

1 - hantar resume teruslah follow up. Setiap hari HR Manager terima beratus email permohonan. Tak follow up memang ke tepi dulu. Tak sempat nak layan dik...

2 - follow up sendiri. Email, call, whatapps. Jangan sesekali minta mak, ayah, nenek yang tolong follow up. Tak payah manja sangat. Berusahalah...

3 - dunia ni kejam. So, perlu berani hadapi sendiri. Jangan minta mak atau boyfriend buatkan. Ini reflect yang tidak bagus terhadap calon. Keluarlah menghadapi dunia.

4 - jika dah 2-3 minggu kemudian baru rasa nak follow up, usah sesekali minta HR Manager cari balik email dua tiga minggu lepas. Jangan buang masa minta semak di spam bagai and just resend resume.

5 - Kebanyakan HR Manager baik hati dan mahu membantu. Resend email with apologies, settle. Usah pening-pening nak semak dan cari balik lalu persoalkan "nape HR Manager tak boleh trace email saya?" Why? Why?

6 - Dah habis belajar universiti, keluar dari ketiak mak. Pen merah pen biru, YOU MARAH , you tak dapat session interview

Salam sayang daripada mama garang sangat


Cara terbaru mohon kerja! Korang hanya perlu upload resume, dan majikan sendiri akan hubungi korang tahu tak! KLIK SINI UNTUK UPLOAD