Perkara Yang Sering Bengkel Kereta Tipu Kita. Hati Hati Okay..
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Perkara Yang Sering Bengkel Kereta Tipu Kita. Hati Hati Okay..

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Jul 25, 2022
pada 2:09 PM

Beli kereta ni bukan satu perkara yang mudah. Kalau nak kereta tu terus bergerak untuk jangka masa yang lama, kena lah rajin dan sentiasa servis kereta. Ada orang yang jenis lepas kereta dah nazak tak boleh bergerak baru nak hantar servis dan ada juga yang jenis tak pernah terlepas servis kereta. Pentingnya di sini ialah korang kena ada pengetahuan asas mengenai servis kereta ni agar tak tertipu.

Kalau hantar kereta untuk serevis memang lah orang tu akan cakap semua benda kena tukar dan korang pun ikut je tanpa bantah. Kadang-kadang tu tak perlu tukar pun lagi, rugi tau. Untuk mereka yang tidak berapa arif mengenai kereta ni boleh baca dan fahami kesemua tips.

 

1. Minyak hitam

Minyak hitam yang bukan sintetik tu setiap 5,000KM atau 3 bulan mana yang paling awal jumpa dulu. Kalau minyak jenis sintetik boleh lah pergi 7,500KM atau Max 10,000KM

2. Filter

Filter ni dia sama je macam minyak hitam tadi. Kalau tukar minyak hitam, tukar je filter ni sekali. Tak mahal pun! Kalau nak jimat tukar sendiri. hehe

3. Spark plug

Plug ni biasanya 20,000KM. Tapi boleh je kalau terlajak sampai 30,000KM - 40,000KM. Ikut lah mana yang mudah bagi korang. Yang ni kalau nak murah pun boleh beli sendiri kat kedai sparepart jenama mahal pada harga yang lebih berbaloi.

4. Bateri kereta

Bateri kerete ni boleh tahan lama jangan risau. Kadang boleh dapat 2-3 tahun tau. Tapi ikut la cara korang guna. kalau asyik lupa tutup lampu je, habisla bateri tu! Dia ada dua bateri, kering dengan basah. dua dua sama je. cuma satu kene topap topap air sikit la. Kering ni moden punya bateri.

5. Timing belt

Timing belt ni ikiut jenis kereta. Kalau setakat kete wira semua tu boleh la tahan 90,000KM. Tapi kalau jenis model honda ke apa ke boleh je dia pergi sampai 160,000KM. 

6. Clutch plate

Yang ni susah sikit nak explain. Biasa tukar bila ada issue je, So bla jadi macam ni dorang just cakap tukar 100,000KM je.

7. Fuel filter

Tukar jelah selalu benda ni. Nak afdal tukar 40,000. tak mahal pun ni. Bawah 20 boleh dapat. 

8. Air filter

Benda ni tukar setiap 20,000KM.

9. Automatic Transmission Fluid (ATF)

Minyak ni penting untuk yang pakai kereta auto. Kalau ikut dalam manual dia tuis tukar setiap 20,000KM. Tapi boleh je kalau takde budget lajak sampai 30,000KM. 

10. Gear oil

Haa yang ni untuk yang bawak manual pulak. Boleh tukar setiap 60,000KM sekali.

11. Brake fluid  & Power steering fluid

Sama jugak macam gear oil. Setiap 60,000KM ni.

12. Radiator coolant

Benda ni RM15-RM20 je. Tak mahal. Setiap 60,000KM boleh la tukar okay! Beli yang ada warna tu. Dia cepat panas lepastu tak cepat mendidih,

13. Air-cond Belt / Alternator Belt

Korang mesti kadang dengar bunyi settttt setttt kat kereta kereta, Terfikir apa bunyi. Rupanya Aircodn Belting. Dia banyak nak explain ni tapi lebih mudah korang servis je setiap 3 bulan atau 6 bulan!

14. "Benda yang kita tukar tu belum tentu rosak tapi kita dah tukar"

Setiap kereta mesti ada barang yang takpayah tunggu dia rosak kita dah boleh tukar. Benda macam ni kita panggil Preventive Maintenance. Yang mana kalau boleh tukar la tepat pada waktunya walaupun boleh pakai. Sebab kalau sekali rosak berkemungkinan akan merosakkan part yang lain pula!

15. "Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterangkan di atas"

So at least kena ada ilmu dalam semua apa yang ada dekat atas ni sebab tak semua benda boleh ikut buku dia. Kalau ikut sangat buku manual masak la macam absober pun dia mintal 20,000 KM kene tukar.

16. "Kalau boleh hati-hati beli minyak hitam di kedai spare sebab banyak minyak cap ayam yang disediakan khas untuk tipu orang"

Dah banyak sangat kes minyak hitam belakang rumah ni. Mesti korang tahu punya. Minyak hitam yang dah di recycle balik pastu dorang jual. Kita pun beli, menaya la engine kereta tu...

17. "Minyak gear manual ditukar setiap 40,000 km untuk kereta  baru, setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat"

18. Water pump

Benda ni kita tukar bila tukar timing belt untuk kali yang kedua. contoh macam kita tukar belitjng setiap 80,000KM maka pada 160,000 baru kita tukar! nak tukar water pump kene bukak timing belt, so kalau nak buat sekali jalan takde lan kene double charge!

19. Spark plug

Benda ni tukar setiap 20,000KM, atau selagi plastik kat tengah masih lagi putih, takde kesan terbakar maksudnya okay lah tu! Kalau plug berminyak engine mesti ada problem!

20. "Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km"

Kalau bengkel suruh buat top overhaul, kene cek balik. Tak diperlukan pun kereta bawah 7 tahun atau 200,000KM perlukan top overhaul!


Cara terbaru mohon kerja! Korang hanya perlu upload resume, dan majikan sendiri akan hubungi korang tahu tak! KLIK SINI UNTUK UPLOAD