72.1% rakyat Malaysia memilih tak sambung belajar selepas SPM. Pengaruh Usahawan Di Sosial Media?
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

72.1% rakyat Malaysia memilih tak sambung belajar selepas SPM. Pengaruh Usahawan Di Sosial Media?

post by MJ

by MJ

Jul 26, 2022
pada 11:47 AM

Macam dah jadi trend zaman sekarang, dekat social media banyak influencer menunjukkan kekayaan mereka dengan mesej yang disampaikan tanpa pelajaran boleh kaya. Benda ni takde masalah rasanya tetapi mesej yang didapat oleh para pencari kerja adalah dari sudut berbeza. Jadi issue besar ye ramai lepasan SPM tanak sambung belajar ni!

Terlalu ramai yang menggembar gemburkan bahawa tanpa SPM pun boleh berjaya jadi kaya. Ramai individu berjaya yang sering kongsikan rahsia kejayaan mereka yang rata-ratanya berhenti kerja dan memperoleh kejayaan setelah membuka sesebuah perniagaan. Dengan perkongsian begini, ramai yang mula salah tafsir dan membayangkan seolah-olah berniaga merupakan satu jalan yang mudah untuk mengecap kekayaaan dalam kehidupan. 

Bagi memberi lebih gambaran jelas mengenai trend sebegini, saya pernah terlihat posting dari saudara Faizul Ridzuan tampil mengeluarkan hujahnya. 

''Kalau kita frust dengan boss, rakan sekerja, customer atau kerjaya, jangan berhenti kerja begitu saja. Kalau kita dah tekad nak ceburi dunia perniagaan, saya sarankan anda buat 3 benda ni sebelum berhenti.

Nak jual bebola sotong/pisang cheese mungkin masuk akal bila tgk populasi Malaysia 30 juta. Dapat 1% pun jadi lah kan? Tapi bisness mana hari ini yang ada 1% market share dan bukan public listed? So jangan kena tipu dgn “kalkulator aladin” ni dan terus semangat nak berhenti kerja.'' 

1. Test idea anda dulu

''Jangan sesekali berhenti kerja selagi anda belum test idea anda minima setahun. Satu, anda nak pastikan business baru anda masuk akal kalau sales boleh tahan walaupun buat part time je, then boleh la decide lepas setahun nak berhenti full time sebab kita dah validate idea tu. Lagi satu, kadang kadang kita tak tahu if bisnes tu benda yang kita nak buat for the next 20 years. Contoh, saya suka coffee dan mungkin one day saya nak buka satu caffe suka suka. Tapi kalau suruh saya bangun 4am tiap tiap hari supaya boleh bersedia untuk buka cafe jam 8am, saya tak sanggup. Ramai yang buka bisnes tanpa faham komitemen yang diperlukan, lepas tu menyesal.

Untuk saya sendiri, saya buat part time 18 bulan sebelum berhenti kerja dan buka bisnes full time. Waktu tu mmg rasa penat setengah mati sebab ada full time 9-5 lepas tu kena sambung fokus kat p/time business. Bukan senang nak senang geng!''

Cara terbaru mohon kerja! Korang hanya perlu upload resume, dan majikan sendiri akan hubungi korang tahu tak! KLIK SINI UNTUK UPLOAD

2. Bina savings mencukupi

''Jangan berhenti kerja kalau saving tak boleh cover perbelanjaan 12 bulan. Sebab bisnes biasanya takkan mencanak power sekelip mata. Semua benda perlukan masa, terutamanya bisnes. Benda paling teruk orang biasa buat, adalah saving tak cukup sehingga duit perbelanjaan keluarga, pampers dan susu anak pun tak cukup. Boleh je nak kejar impian kita, tapi jangan lupa kita juga ada tanggung-jawab. Buka bisness adalah benda paling susah saya pernah buat, so you cant be distracted. Stres giler weh kalau duit tak cukup, bisnes teruk, dan keperluan anak bini tak lengkap. Boleh kena depression bila semua ni menimpa kita. So pastikan savings cukup.

Untuk kes saya, saya tak cukup saving waktu berhenti kerja. Tapi sebab dah beli lebih dari 20 hartanah, saya jual 3 hartanah untuk dapatkan RM500,000 untung. Itulah jadi savings dan modal perniagaan. Lepas 2 tahun buat bisnes baru boleh buat untung dan mula ambil gaji. Kalau bukan sebab saya ada savings mencukupi, rasanya saya dah masuk kerja balik dah kot. So savings ni sangat sangat penting. Kalau rasa tak boleh menyimpan, anda boleh melabur macam saya untuk bina modal. ''​

3. Rancang loan anda elok-elok

''Tahukah anda sebagai peniaga baru, biasanya untuk the next 2-3 tahun anda sangat susah untuk dapat apa apa loan? Tak kisah la kredit kad ke, personal loan ke, loan kereta ke, loan hartanah ke, asalkan anda minta loan dari bank memang 99% akan gagal. Sebab bank tak suka beri pinjaman kepada pemilik bisnes yang tak cukup 2-3 tahun. 

Macam kes saya, saya beli 7 hartanah dan tukar kereta sebelum saya berhenti kerja tahun 2013. Sebab saya kalau dah berhenti, susah nak dapat loan. So saya gasak kaw kaw sementara payslip lama masih laku dan boleh dipakai. 

Benda ramai orang tak tahu benda benda ni sebab ilmu tak ada. So nak buat apa apa pun, berniaga atau melabur kena ada persediaan ilmu yang cukup, kalau tak sekejap je duit tu akan lesap. Saya rugi masa setahun dan hampir RM200k sebab berniaga tanpa ilmu. Ye la ingat bila dah terer melabur, berniaga ni macam kacang putih je. Rupanya pelaburan dan perniagaan adalah dunia yg sgt sgt berbeza. So harga kebodohan saya, cuma rugi RM200k dan buang masa setahun.'' 

Diharapkan adik adik ada satu mindset yang mana, belajar itu penting. Sangatlah penting. Tak kira lah berguna atau tidak ianya adalah ilmu. Ilmu takkan pernah habis kalau dicari. Sekian!


Cara terbaru mohon kerja! Korang hanya perlu upload resume, dan majikan sendiri akan hubungi korang tahu tak! KLIK SINI UNTUK UPLOAD