5 Soalan Wajib Ditanya Semasa Interview Dan Sebab Kenapa Interviewer Tanya!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

5 Soalan Wajib Ditanya Semasa Interview Dan Sebab Kenapa Interviewer Tanya!

post by MJ

by MJ

Jul 31, 2022
pada 8:16 AM

Setiap temuduga mesti ada template atau soalan basic yang memang akan wajib ditanya. Korang pergi lah mana mana interview mesti akan ditanya soalan ni. Tapi soalan basic macam ni pun kadang pening jugak nak menjawab sebab yelah. Kalau t ak ready mesti terkene punya!

1. Apa yang awak tahu pasal company ni?

Benda ni nampak basic tapi percayalah, 7/10 temuduga tak boleh nak jawab ni weh. serius! Korang guna jelah internet cari maklumat apa dorang ni buat, misi dorang, visi dorang semua tu! Tak susah pun weh! Benda senang je ni..  Cara terbaru mohon kerja! Korang hanya perlu upload resume, dan majikan sendiri akan hubungi korang tahu tak! KLIK SINI UNTUK UPLOAD

2. Kenapa nak berhenti kerja lama?

Benda ni kalau korang gigil gigil nak jawab, sah korang memang ada masalah. Sebenarnya dorang ni nak tahu je apa sebab, atau kronologi kenapa korang cari kerja baru. Nak jawab senang je, guna formula LAMPS ni..

Location
Jarak yang tempat kerja yang tidak strategik.

Advancement
Kareer korang takda ruang untuk grow kerana _____ (nyatakan sebab)

Money
Korang dibayar rendah tidak setimpal dengan kemahiran dan sumbangan.

Pride/Prestige
Korang mahu menyumbang kemahiran korang kepada syarikat yang lebih baik dari segi work culture, vision dan tugasan

Security
Syarikat tersebut tidak stabil dari segi kewangan
*Jangan mengutuk individu/syarikat tersebut. Kerana ini akan meninggalkan kesan kepada minda penemuduga. Adakah dia akan bercakap perkara yang sama bila meninggalkan syarikat ini?

3. Apakah strength anda?

Pertama sekali sebutkan tentang, kemahiran teknikal. Kemahiran teknikal adalah kemahiran yang memerlukan ilmu dan teknik yang betul untuk melaksanakan tugas.
Kemudian, sebutkan sikap profesional yang korang ada dalam menjayakan tugasan.Sikap profesional ini adalah seperti, kemahiran komunikasi, multitasking, analytical thinking, critical thinking, kemahiran memimpin.

4. Apakah kelemahan anda yang utama?

Sebutkan perkara yang korang sedang cuba untuk kuasai. Seperti contoh, saya gugup apabila bercakap di hadapan terutama di hadapan orang yang saya tidak kenal dan saya menyedari kelemahan ini, jadi saya kerap menonton video dan membaca tips tips pengucapan awam untuk memperbaiki aspek ini.
Walaupun korang menyebutkan kelemahan, korang juga telah menonjolkan sisi suka memperbaiki diri. Dalam usaha penemuduga mencungkil kelemahan, apa yang korang berikan padanya adalah sisi positif.

5. Apa yang anda boleh bagi berbanding calon lain?

Kita tak tahu apa kebolehan yang dimiliki calon lain, tapi taktik yang boleh diguna adalah, 'Apa yang saya boleh tawarkan ______.' Anda harus menerangkan bagaimana anda memahami tanggungjawab jawatan tersebut, masalah yang selalu timbul dan bagaimana anda telah bersedia untuk menghadapinya dengan ilmu yang anda ada.

Akhiri jawapan anda dengan menyebut sikap profesional yang anda sumbangkan.


Cara terbaru mohon kerja! Korang hanya perlu upload resume, dan majikan sendiri akan hubungi korang tahu tak! KLIK SINI UNTUK UPLOAD