HR Tak Suka Ditanya Soalan Macam Ni Masa Interview. 100% Confirm Kena Reject!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

HR Tak Suka Ditanya Soalan Macam Ni Masa Interview. 100% Confirm Kena Reject!

post by MJ

by MJ

Jul 31, 2022
pada 8:47 AM

Mesti korang sebenarnya tak tahu korang perasan atau tak apa yang korang sembangkan dalam interview. Kadang bila kita dah rasa selesa dengan interview tu mula lah akan tiba tiba lakukan kesilapan. Kalau dah buat salah macam ni, resume power macam mana sekalipun, majikan taknak tengok muka korang dah. Sebab ini adalah melambangkan diri korang siapa yang sebenarnya. Elakkan tanya soalan macam ni :- 

1) "Siapakah target market company ni?"

Korang yang mohon korang yang tanya siapa target market. Dik ko dah kenapa? Soalan macam ni majikan mesti dah anggap korang akan buat research apa dorang buat dan sebagainya. Lain lah korang tanya soalan "Boleh ceritakan lebih details skop kerja saya mohon ini" then macam ni takpe.

2) "Apa benefits EXTRA yang saya akan dapat?"

Baru interview dah tanya elaun bonus cuti claim semua. Amboi. Tak salah sebenarnya ni, tapi yang salah bila korang tanya soalan ni lagi banyak dari tanya soalan pasal kerjaya korang disana. Lebih bagus kalau korang tanya "Adakah latihan dan pembelajaran kemahiran disediakan syarikat?". Ini menunjukkan korang memang minat untuk bekerja dan mempelajari perkara baru.

Cara terbaru mohon kerja! Korang hanya perlu upload resume, dan majikan sendiri akan hubungi korang tahu tak! KLIK SINI UNTUK UPLOAD

3) "Boleh tak kalau nak WFH / Hybrid?"

Tahu zaman sekarang ni zaman banyak penyakit nak ada. satu dah reda, 4-5 penyakit baru naik. Btw tak semua syarikat suka buat wfh, ini sebab ada sesetengah syarikat mementing communication di dalam office seperti mana lebih baik berbanding online. Lagi pun kita ni kalau dapat wfh, bukan semua kerja pun. mesti ada yang mengelat la betul tak!

4) "Berapa cepat saya boleh naik pangkat?"

Ini belum apa apa dah tanya bila boleh naik pangkat ni yang red flag ni. Tak salah nak aim untuk pangkat tapi berpijaklah di bumi yang nyata. Semua tahu pangkat ni berpaksikan kebolehan korang. Tanya naik pangkat ni kalau boleh masuk lah kerja dulu, tengok result korang ada baik ke tak, kalau ada baik barulah boleh tanya. Ini temuduga jugak lah nak tanya. takboleh tau!

 

So korang dah faham kan? Sebenarnya tak susah, ni lebih kepada common sense je sebenarnya. Kalau tak dapat kerja lagi korang boleh guna Cara terbaru mohon kerja! Korang hanya perlu upload resume, dan majikan sendiri akan hubungi korang tahu tak! KLIK SINI UNTUK UPLOAD