6 Logik Kenapa Bos Susah Sangat Nak Naikkan Gaji Korang. Ini Sebab Dia.
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

6 Logik Kenapa Bos Susah Sangat Nak Naikkan Gaji Korang. Ini Sebab Dia.

post by MJ

by MJ

Aug 3, 2022
pada 8:01 AM

Pernah tak rasa kita ni deserve untuk dapatkan gaji yang lebih tinggi? Tapi tulah, tak semua berani nak jumpa bos cakap mintak naik gaji. Paling kuat pun mengeluh kat social media kata underpaid semua tu..Naik gaji ni biasanya kebanyakan company dia buat ikut prestasi tahunan yang dorang nilaikan. Btw, Dengan menggunakan Teknologi AI, kini pencarian kerja korang lebih mudah dan cepat! Korang just letak resume, AI akan menyenaraikan kerja yang bersesuaian dengan anda! KLIK SINI UNTUK MENCUBA

Ini 6 Sebab Logik Kenapa Gaji Korang Susah Nak Naik:

1. Pekerja Kurang Produktif

Pihak majikan memang suka sebut pasal produktiviti. Mereka suka bagi alasan cakap pekerja Malaysia ni produktiviti tak cukup bagus, sebab tu tak boleh bagi gaji tinggi. Banyak sangat sesi ‘mengeteh’, banyak cuti sakit, banyak bazirkan masa menonton YouTube dan main Facebook semasa waktu bekerja.

2. Hanya Buat Kerja Rutin Je, Takda Peningkatan

Hari-hari buat kerja sama je. Korang sememangnya dibayar untuk melakukan pekerjaan ni kan. Kalau prestasi kerja pun macam suam-suam kuku jangan haraplah nak dapat naik gaji.

Jika kerja korang memerlukan inovasi serta idea baru, maka jangan segan silu untuk memulakan sebarang inisiatif.

Cari jalan untuk tambah keuntungan syarikat!

3. Majikan Tiada Polisi

Cuba tanya majikan korang, syarikat ada polisi tak bagi perkembangan karier? Ada tak level non-executive, junior executive, senior executive, manager dan senior manager? Logiknya macam mana gaji nak naik kalau majikan pun awal-awal lagi dah pincang dari segi pengurusan? Itu belum cerita majikan ikut tangga gaji mengikut industri atau ikut suka.

Sebab terakhir yang mungkin logik juga, gaji tak naik-naik sebab majikan memang tak ada bajet atau tak suka dekat kita!

4. Kebergantungan Kepada Pekerja Berkemahiran Rendah

Kebergantungan kepada pekerja berkemahiran rendah memberi manfaat kepada pemilik perniagaan untuk tekan paras gaji. Belum cerita bab kualiti lagi tu.

5. Tak Pernah Minta Pun

Alasan lain yang masuk akal adalah kerana korang tak pernah memintanya. Dekat Facebook bukan main lagi merungut gaji tak naik tapi rupa-rupanya tak pernah minta pun.

Maklumlah, minta naik gaji ni kononnya hal yang sensitif. Nak pula orang kita yang jenis ‘pemalu’ tak bertempat. Pastinya anda takut permintaan anda kena rejectataupun dicop mata duitan oleh bos!

Tapi pepatah lama ada sebut; belum try belum tahu.

6. Selalu Langgar Etika Kerja

Datang kerja pun lambat, suka merungut, pakai pakaian yang tidak profesioal dan banyak lagi perkara negatif. Ini semua boleh memberi impak pada gaji korang tau!

Walaupun copany korang tu tidak ada tetapkan dress code tapi sebenarnya korang perlulah kelihatan profesional bila bekerja. Betul tak?


Dengan menggunakan Teknologi AI, kini pencarian kerja korang lebih mudah dan cepat! Korang just letak resume, AI akan menyenaraikan kerja yang bersesuaian dengan anda!