6 TANDA KORANG TENGAH BEKERJA DI TOXIC WORK ENVIRONMENT
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

6 TANDA KORANG TENGAH BEKERJA DI TOXIC WORK ENVIRONMENT

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Aug 16, 2022
pada 8:57 AM

6 TANDA KORANG TENGAH BEKERJA DI TOXIC WORK ENVIRONMENT

Kalau korang tak pernah rasa bekerja di environment kerja yang toksik ni bersyukur lah semua. Sebenarnya bekerja di dalam persekitaran toxic ni bukan hanya memenatkan mental tetapi fizikal kita juga akan berasa letih.

Tapi bagaimana kita nak tahu kita bekerja di dalam persekitaran yang toxic? Ini 6 tanda tanda nya

 

1.Bad Communication

Komunikasi ni merupakan satu skill yang penting di dalam satu syarikat atau organisasi Antara contoh komunikasi ini termasuklah skill komunikasi secara bertulis, bercakap atau pun secara atas talian. Antara contoh syarikat korang bekerja itu lemah dalam komunikasi adalah seperti arahan yang tidak jelas dan setiap pekerja dapat arahan yang berbeza. 

 

2.Exclusion + Membawang

Ini antara yang terkenal tau.Pernah tak korang di dalam situasi dimana korang rasa komuniti di syarikat itu berpuak puak pula. Paling senang nak diterangkan adalah apabila ada project baru ataupun manfaat yang syarikat berikan mesti ada kroni yang akan dapat dahulu sebelum korang. 

 

3.Bad leadership

Antara penentuan diantara kejayaan atau kegagalan di dalam satu syarikat dan organisasi itu adalah cara kepemimpinan. Jika pihak atasan korang mempunyai leadership yang lemah maka itu satu petanda buruk bagi syarikat itu tau.

 

4.Unmotivated coworkers

Tempat kerja yang mempunyai ramai pekerja yang tak bermotivasi ni selalunya akan membawa masalah balik pada diri korang. Kenapa? Cuba korang fikir balik korang terpaksa buat kerja yang diorang tak siap and last last diri korang yang burnout. Paling bahaya sekali kalau perkara ni akan membahayakan diri korang kerana korang akan terikut dengan budaya seperti ini.

 

5. Ramai pekerja lari 

Jika syarikat korang mengalami situasi begini, maka ini bukan satu berita yang baik kepada korang. Kerap pekerja lari adalah salah satu tanda disorganization, lack of direction, bad leadership or little opportunity. Make sure korang pay attention dekat turnover rate dalam sesebuah company.

 

6. Burnout

Ini antara tanda paling senang korang boleh tengok kerana ini pada diri korang sendiri. Pernah tak korang balik kerja setiap hari dengan rasa stress nak buat apa pun takde mood. Hubungan bersama keluarga dan rakan juga turut rengang. Ini menandakan diri korang sedang mengalami burnout.  Burnout ni dah recognized oleh World Health Organization as a legitimate medical diagnosis.

Kalau dah sampai tahap macam ni baik korang cari kerja baru tau! Korang boleh je cuba guna Teknologi AI dari Maukerja ni, pencarian kerja korang lebih mudah dan cepat! Korang just letak resume, AI akan menyenaraikan kerja yang bersesuaian dengan anda! LETAK RESUME DISINI