3 Alasan Favourite Kenapa Gaji Korang Tak Naik Naik
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

3 Alasan Favourite Kenapa Gaji Korang Tak Naik Naik

post by MJ

by MJ

Aug 17, 2022
pada 11:03 AM

Kenaikkan gaji ni adalah perkara yang paling diimpikan oleh mana-mana pekerja. Terutamanya bila dah bekerja bertahun-tahun, siapa yang taknak naik gaji kan? Namun, korang jangan taktahu, ada majikan yang sangat pahit nak naikkan gaji pekerja mereka. Sudahlah bagi kita task berlambak-lambak, bila minta naik gaji macam-macam alasan yang diberikan. 

Untuk pengetahuan korang, ini alasan yang yang sering boss boss diluar sana berikan untuk tak nak bagi korang kenaikkan gaji.

Lewat

Selalu lewat datang kerja akan jadi bullet point untuk boss bagi alasan tak naikkan gaji korang. Jadi, kalau perangai korang macamni, berubahlah. Jadikan azam untuk ke tempat kerja awal biar boss takboleh guna alasan ni untuk korang.

Kerap MC

MC atau cuti sakit memang satu privilege yang setiap syarikat berikan. Tapi bukan bermakna 30 hari yang diperuntukkan setahun, korang perlu habiskan semuanya sekaligus (kecuali betul-betul sakitlah). Pandai-pandailah korang merancang kegunaannya. Ini tidak, sebulan 6 kali MC, mana boss tak marah? 

Tak  capai KPI

Korang kerja di pelosok syarikat mana pun mesti ada KPI. Pastikan korang mencapai sekurangnya 70% KPI yang diberikan dalam satu tempoh masa. Kalau boss masih gunakan alasan ni, korang ada bukti untuk counter balik.

Kadang tu kalau dilihat balik, masalah tu datang dari pekerja juga. Jadi kita sebagai pekerja, buatlah kerja bersungguh-sungguh. Sampai satu masa kalau betul majikan pahit sangat, korang chiao je! 

So kepada korang yang sedang mencari pekerjaan, jangan pening pening lalat. Korang guna je Teknologi AI dari Maukerja ni, pencarian kerja korang lebih mudah dan cepat! Korang just letak resume, AI akan menyenaraikan kerja yang bersesuaian dengan anda!