8 Skill Ni Kalau Ada Dalam Resume 2022, 'Confirm' Jadi Rebutan Majikan!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

8 Skill Ni Kalau Ada Dalam Resume 2022, 'Confirm' Jadi Rebutan Majikan!

post by MJ

by MJ

Aug 24, 2022
pada 11:05 AM

8 Skill Ni Kalau Ada Dalam Resume 2022, 'Confirm' Jadi Rebutan Majikan!

Tahun 2022 ni, memang susah nak cari kerja. Kalau ada pun tak banyak, persaingan makin tinggi sampai menyebabkan majikan sekarang dah tak pandang pendidikan lagi. Di zaman moden ini, skill merupakan senjata penting untuk menyelamat diri dari kancah pengangguran yang berpanjangan.

Jadi, disini beberapa senarai kemahiran yang berkaitan untuk pelbagai jenis kerjaya yang dimahukan oleh banyak majikan menjelang tahun 2021 ini. Pastikan kesemua kemahiran ini korang kuasai, bukan hanya sekadar tulis dalam resume sahaja. Confirm jadi 'hot stuff' ramai majikan nak.

1. Adobe Photoshop

Untuk bidang kerjaya yang lebih kreatif seperti suntingan gambar dan grafik, pengetahuan asas photoshop sudah memadai kerana ia merupakan satu keperluan. Tak perlu pening kepala, korang boleh mengambil shot course untuk mengusai kemahiran photoshop ini.

2. Micosoft Excel 

Bagi mereka yang ingin bekerja dalam menganalisis maklumat, kewangan. Penguasaan Microsoft Excel sangat penting. Dengan menghadiri kursus korang akan mempelajari asas-asas spreadsheet, menggunakan formula dan segalanya mengenai Excel ini.

3. Bahasa Ketiga (Asing)

Mempelajari bahasa baharu bukan satu kemahiran yang mudah kerana korang kena berhempas pulas untuk bermula dari bawah. Tapi, penguasaan bahasa ketiga akan memberi manfaat yang sangat bernilai kepada diri korang dimana orang yang mempunyai pelbagai bahasa, dilihat sebagai "multi tasking" dan juga mempunyai memori yang baik! 

Kalau diikutkan, kerja-kerja yang melibatkan berurusan dengan klien, seperti PR, Marketing, agen pelancongan dan sebagainya memerlukan korang untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang luar. Jadi kuasailah kemahiran bahasa ketiga.

4. Web Development

Pengetahuan asas mengenai kemahiran ini sudah memadai untuk menjadikan diri korang sangat 'relevan' untuk pelbagai industri tahun 2017 ini. Hampir keseluruhan industri menggunakan kaedah digital sebagai platform utama dalam membuat pasaran mengenai perniagaan mereka.

5. Wordpress

Seperti yang dikatakan tadi, platform digital semakin meluas, jadi pasti mereka mahukan pekerja untuk membuat isi kandungan.Jadi, tak kira sama ada korang editor yang dah diiktiraf dalam penerbitan digital atau graduan muda, pasaran bidang kerjaya dalam bentuk digital semakin melua,w jadi kuasai kemahiran wordpress untuk 'expert' dalam mengen dalikan isi kandungan laman web.

6. Public Speaking

Tak kira dalam industri mana sekalipun, korang mesti kena pandai bercakap dihadapan khalayak ramai.  Pendek kata zaman sekarang ni, "pandai bercakap, boleh pergi jauh". Kalau korang rasa kurang keyakinan untuk bercakap dikhalayak ramai, belajar untuk bertenang dan belatih.

7. SEO

(Search Engine Optimization) adalah satu kaedah terbaik seseorang untuk mengukur kejayaan kerjaya melalui click, likes & share. Dengan menambahkan SEO dalam kemahiran korang, ia merupakan satu nilai berharga terhadap diri majikan.

8. Google Analytics

Kalau korang mula berjinak-jinak terhadap SEO, belajar guna Google Analytics pula. Ia adalah satu langkah bijak, korang akan belajar cara untuk mengoptimumkan artikel dan kempen yang memerlukan cara untuk merekod dan menganalisis keputusan hasil kerja. 


 

So kepada korang yang sedang mencari pekerjaan, jangan pening pening lalat. Korang guna je Teknologi AI dari Maukerja ni, pencarian kerja korang lebih mudah dan cepat! Korang just letak resume, AI akan menyenaraikan kerja yang bersesuaian dengan anda!