AWAS YA! 5 Kesilapan Yang Nampak Remeh Tapi Boleh Musnahkan Kerjaya Korang
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

AWAS YA! 5 Kesilapan Yang Nampak Remeh Tapi Boleh Musnahkan Kerjaya Korang

post by MJ

by MJ

Nov 7, 2022
pada 2:30 PM

Bila dah selesa sangat bekerja ni, kadang tu kita sampai tak perasan kita dah lakukan beberapa perkara yang boleh menjejaskan prestasi kerja dan juga jawatan kita. Sebabtu orang cakap, jangan terlalu selesa dengan zon korang. Jom tengok 5 jenis kesilapan ni ada pada korang tak? Kalau ada, maksudnya korang dalam bahaya.

#1 Kerap terlepas deadline

Sekali dua mungkin boleh di maafkan. Tapi kalau berlaku terlalu kerap dalam tempoh yang dekat, majikan akan mula memerhatikan tingkah laku korang. Setiap perbuatan korang akan mula menjadi persoalan walaupun kadang tu korang rasa benda tu kecil je.

 

#2 Tak Pernah negotiate gaji dan “staff benefits”

Sama ada baru nak mohon bekerja atau korang dah pun bekerja, korang perlu pandai untuk negotiate. Benda ni akan tunjukkan kepada majikan yang korang sendiri tahu harga tenaga korang. Impak kepada negotiate ni nanti juga akan jadikan korang lebih bersemangat untuk bekerja. 

 

#3 Dah tak buat networking dengan orang lain

Ramai yang berhenti buat networking dengan orang lain bila dah mula dapat kerja. Padahal, networking ni sangat penting, terutama sekali bila sampai satu tahap korang dah burnt out dan nak mula cari kerja lain. Platform cari networking terbaik adalah di LinkedIn. Cipta lebih banyak hubungan dan cuba kukuhkan networking tersebut. Untung-untung mereka pun boleh recommend korang kerja dengan bayaran lumayan!

 

#4 Ambil sambil lewa KPI atau performance review

Jangan ingat majikan tu saje saje je nak buat performance review dan audit KPI ye. Semua tu nanti digunakan untuk tentukan korang ni pekerja yang jenis macam mana. Benda ni kalau korang ambil mudah, lambat laun korang dah terbiasa dengan pencapaian minima, akan membuatkan rekod bekerja korang takcantik.

 

#5 Tak lagi asah bakat

Setiap kerja tu memerlukan kemahiran. Jangan hanya sebab pekerjaan korang yang sekarang dah tak gunakan skill yang korang ada, jadi korang biarkan je skill tu terkubur. Rugi tau! Pastikan sentiasa korang asah bakat dan knowledge tu agar boleh digunakan kemudian hari.