Kantoi Menipu Dalam Interview Bila Jawab 5 Soalan Ni. HR Tahu Okay!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Kantoi Menipu Dalam Interview Bila Jawab 5 Soalan Ni. HR Tahu Okay!

post by MJ

by MJ

Sep 1, 2022
pada 3:28 PM

Dah jadi lumrah dalam sesi interview, mestilah kita nak menunjuk apa yang kita boleh buat. Menunjuk dalam interview tak salah. Tapi kalau melebih lebih menunjuk sampai menipu tu yang salah! Korang tahu tak HR ni ttakdelah bodoh sangat senang je percaya korang cakap kan. Dorang pun dah berpengalaman. Korang kona sikit tipu pun dorang boleh tahu. Dorang ni suka menjerat korang dengan soalan-soalan penjerat yang macam ni.

Sebab kalau korang tak kuasai cara yang betul untuk jawab soalan ni, alamatnya mereput je lah kat tempat kerja lama korang tu. Sebab HR memang sangat teliti dengan cara korang jawab soalan-soalan ni tau! Seram bunyi nya, jom semak agar korang lebih bersedia.

1. Beritahu saya matlamat yang berjaya anda capai dalam masa yang terdekat dengan terperinci.

Soalan ni adalah soalan 'Ice breaker' sebenarnya. Nak bagi korang panaskan enjin dulu, sebab calon yang gagal menjawab soalan dengan 'details' mengenai matlamat dan hala tuju diri sendiri adalah calon yang teruk!

Kebanyakan calon akan jawab soalan ni dengan mengetengahkan pencapaian yang telah pun di tetapkan untuk diorang capai, makna nya korang cerita kan kat tempat kerja lama korang diberi tugasan dan macam mana cara korang melaksanakanya sehingga berjaya. Jawapan ni betul tak salah pun, cuma ianya tapi kurang tepat.

Jawapan yang bagus ialah bila korang boleh buat semuanya sendiri, makna nya tetapkan matlamat sendiri, cipta plan sendiri dan selesaikan permasalahan sendiri tanpa sebarang bantuan orang lain. Sebab pekerja yang baik adalah pekerja yang bukan saja bijak merancang, malah mampu untuk merealisasikan nya sehingga berjaya!

2. Jelaskan mengenai matlamat yang anda gagal capai, kenapa? Dan apa yang anda lakukan untuk menyelesaikan nya?

Kekecewaan, kesusahan, dan kegagalan adalah sebahagian dari kehidupan, kedua-dua nya saling berkait rapat antara satu sama lain. Sebab tu la setiap manusia pernah merasai kegagalan. Orang yang berjaya juga mesti pernah gagal dulu sebelum berjaya. Selalunya diorang ni lebh banyak mengalami kegagalan berbanding orang biasa tau.

Kebanyakan calon akan memberi alasan mengenai kegagalan yang dihadapi mereka. Korang jangan buat perangai macam ni tau, sebab calon yang gemar memberi alasan menampakan yang diorang tak serius mahukan sesuatu pekerjaan tu. Sebab calon yang baik tak akan menyalahkan orang lain mahupun faktor luar. Calon yang baik sedar bahawa sesuatu perkara manjadi gagal berpunca dari kurang nya usaha dan dia akan memperbaikinya sehingga berjaya.

Malah calon yang baik akan jadikan kegagalan sebagai pengajaran dan pengalaman sambil bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan tersebut. Korang kena lihat kegagalan tu sebagai latih tubi untuk korang memperbaiki diri sendiri kearah yang lebih baik terutama nya dari segi kemahiran, perspektif dan juga kepakaran.

3. Apabila seseorang kecewa dengan anda, apakah respon yang anda berikan?

Konflik juga merupakan sebahagian daripada kehidupan profesional. Setiap pekerjaaan pasti ada dugaan dan cabaran yang tersendiri. Jadi apabila seseorang calon tu berjaya untuk mengatasi kekecewaan atau isu yang dibangkitkan seseorang terhadapnya makna nya calon ini adalah calon yang boleh bekerja dalam tekanan dan di bawah pengawasan yang minima. Tanpa perlu menyalahkan orang lain.

Calon yang bagus tak kan ambil jalan melarikan diri bila dilanda masalah. Malah mereka akan mengatasinya dengan kaedah profesional. Jadi korang kena la praktis un tuk jadi salah seorang calon yang bagus macm ni kalau nak dapat kerja tau. Belajar hadap masalah yang dihadapi, bukan nya lari!

cara terbaik untuk korang jawab soalan ni adalah dengan kongsikan pengalaman korang dengan jujur, jangan pula korang reka sambil menokok tambah cerita semata untuk dapatkan pekerjaan tak elok tau buat macam tu.

4. Apa yang anda lakukan sepanjang tiga bulan pertama pekerjaan anda sebelum ini? Sebarang pencapaian mungkin?

Pekerja yang bagus adalah pekerja yang pada minggu pertama bukan hanya nak mengenali syarikat dengan lebih dekat. Tapi yang terus buat kerja dan cari cara untuk menyelesaikan nya. Kalau boleh nak belajar semua benda dan ada keinginan untuk menjadi mahir. Sentiasa ada semangat belajar perkara baru dan explore bukan pada bahagian dasar sahaja.

Ini bermakna korang dapat menerangkan:

  • Bagaimana korang tentukan nilai sesuatu pekerjaan dalam diri korang, dan bagaimana ia dapat membantu korang melakukan perkara yang betul dengan sepenuh perhatian.
  • Bagaimana korang dengan pantasnya menggunakan kemahiran yang korang ada di tempat kerja.
  • Bagaimana korang menentukan siapa yang korang boleh rujuk untuk membantu korangmencapai matlamat sekiranya dilanda kelsuloitan sewaktu perlaksanaan tugas yang diberi di tempat kerja.
  • Bagaimana korang kenal pasti perubahan suasana dan cuba untuk 'blend in' - dengan kecekapan kerja, kualiti, mencapai kepuasan pelanggan dan lain-lain.

Calon yang bagus adalah calon yang boleh bergerak dengan sendiri tanpa disuruh. Korang jangan tunggu diberi tugasan baru nak mula, korang kena ada inisiatif sendiri tau untuk lakukan sesuatu tugasan, kerja dan laksanakan tanggungjawab korang sebagai pekerja. Barulah majikan boleh nampak potensi sebenar dalam diri korang.

So kepada korang yang sedang mencari pekerjaan, jangan pening pening lalat. Korang guna je Teknologi AI dari Maukerja ni, pencarian kerja korang lebih mudah dan cepat! Korang just letak resume, AI akan menyenaraikan kerja yang bersesuaian dengan anda!