Punca Utama Kenapa Tanya Gaji Masa Interview Ni Kesilapan Besar!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Punca Utama Kenapa Tanya Gaji Masa Interview Ni Kesilapan Besar!

post by MJ

by MJ

Sep 4, 2022
pada 8:25 AM

Pernah tak korang terfikir bila tanya pasal gaji masa interview je mesti tak dapat kerja.  Kenapa eh?

1. Nampak Sangat Korang Kerja Untuk Jadi Hamba Duit!

Bayangkan korang masuk ke kedai untuk membeli sebuah tv yang mahal harganya. Tiba-tiba seorang jurujual datang kat korang dan ajukan soalan macam ni, 'Encik ada duit ke nak beli tv ni?' Apa perasaan korang masa tu? Mesti bengang dan sentap kan. 

So sama la jugak bila korang tanya soalan 'berapa banyak gaji yang encik tawarkan untuk pekerjaan ni?' walaupun korang bertanya dalam bahasa yang sopan tapi kesan 'offensive' tu sama dengan situasi beli tv tadi. Sebab korang macam mempersoalkan kemampuan syarikat tu untuk bayar gaji korang. 

Fokus utama korang sepatutnya adalah dapatkan kepercayaan dan rasa hormat daripada penemuduga tu terlebih dahulu. Korang kena tunjukan 'value diri' korang dulu sebelum cakap pasal gaji. Kalau boleh biarkan penemuduga tu nampak sejelas-jelasnya apa kelebihan yang ada pada korang supaya dia rasa berbaloi untuk ambil korang bekerja. Lepas tu baru la senang korang nak demand gaji, dia pun tak boleh nak berkira sangat sebab korang memang calon yang mereka perlukan! Gitu strategi nya okay.

2. Korang Hancurkan Peluang Untuk 'Negotiate' Gaji Yang Lebih Tinggi!

Bila korang terlalu 'straight away' tanya pasal gaji masa temuduga, korang memang buat penemuduga tu 'offensive'. Sebab dia memang tak kan nak ambil korang bekerja. Jadi korang dah hancurkan peluang korang sendiri untuk dapat kerja dan untuk bincangkan gaji yang lebih tinggi.

Korang cuma perlu bersabar sikit, sebab kalau korang ditawarkan bekerja korang memang akan dibawa berbincang mengenai gaji dan sebagainya dengan lebih details. Jadi masa temuduga fokus untuk buat yang terbaik dan cuba menangi hati penemuduga tu. Letak tepi sekejap masalah gaji tu tau. Tapi kalau penemuduga tu yang bangkitkan isu gaji macam mana pulak? Haa.. baca penjelasan nya di bawah!

Kalau Penemuduga Tu Tanya Korang Pasal Gaji, Jawab Macam Ni..

Kalau penemuduga tu tanya pasal gaji dekat korang, sebenarnya itu adalah 'Signal' yang menunjukan sebenarnya diorang berminat nak ambil korang bekerja dan nak tahu 'nilai' diri korang! Ni pun bukti yang korang dah memberikan yang terbaik semasa temuduga tu. 

Jadi adalah sangat penting untuk korang tau cara macam mana yang sesuai untuk respon kepada soalan gaji ni. Nanti min akan kongsikan pasal ni dalam artikel seterusnya okay. Tapi sebenarnya korang boleh je bagi jawapan dengan meletakan gaji yang paling rendanh yang korang boleh terima. Tak pun korang cakap je macam ni:

"My range is __ to __, depending upon the benefits and opportunities for growth."

'Kalau boleh biarlah di antara RM _______________ sehingga RM _______________, seiring dengan manfaat dan peluang untuk saya mengembangkan kerjaya.

Kalau korang nak bagi jawapan yang macam ni pun boleh, lebih straight to the point.

'Saya harap ditawarkan gaji sebanyak RM _______________, tapi saya berharap jika kerja yang ditawarkan memerlukan saya untuk bertindak dengan lebih 'advanced' mungkin saya diberi peluang untuk berbincang semula mengenai gaji ini.