HR Akan Tanya Soalan Provoke Macam Ni Kasi Korang Cuak
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

HR Akan Tanya Soalan Provoke Macam Ni Kasi Korang Cuak

post by MJ

by MJ

Sep 5, 2022
pada 9:19 AM

Korang yang nak pergi temuduga korang kena tau yang soalan-soalan temuduga yang ditanya tu bukan saja-saja tau. Sesetengah soalan bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap serta daya pemikiran seseorang calon tu berfikir. Sekiranya korang berjaya jawab soalan-soalan 'provoke' ni dengan lancar. Mustahil korang tak ditawarkan sesuatu pekerjaan tu. Jadi jom semak, hadam dan pahamkan semua soalan ni betul-betul. Mana tau ia akan membantu korang semasa proses temuduga.

1. Kenapa anda tak pernah dapat kerja seperti kekosongan yang kami tawarkan ni?

Untuk pengetahuan korang, soalan ni adalah soalan trik. Tapi kalau korang berjaya jawab soalan ni dengan betul. Kemungkinan untuk korang ditawarkan kerja tu sangat tinggi tau! Jadi macam mana nak pastikan korang jawab soalan ni dengan  betul?

Jawapan:

Setiap orang mempunyai perjalanan karier yang berbeza, saya tidak ditawarkan position kerja yang sama pada masa lalu kerana saya tidak begitu tertarik akan position kerja ini pada waktu itu, dan saya percaya tanpa minat yang mendalam sesuatu pekerjaan itu tidak dapat dilaksanakan dengan berkualiti dan baik. Sekarang saya berminat dan telah bersedia untuk menggalas jawatan ini. Saya yakin saya dapat memberikan yang terbaik sekiranya diberi peluang.

2. Apakah yang anda takut, sekiranya anda ditawarkan jawatan ini?

Soalan yang macam ni selalu nya ditanya oleh penemuduga hanya untuk menguji sejauh mana tahap pemikiran korang dalam penyelesaian masalah. Yang diorang nak dengar bukan 'apa yang korang takut' tapi apa yang korang lakukan untuk atasi ketakutan tersebut.

Jawapan:

Bila saya mula berfikir untuk mencari peluang kerja yang baru, saya dah persiapkan diri untuk menghadapi segala kemungkinan dan cabaran baru yang akan datang. Jadi buat masa ini, tiada sebarang perkara yang saya takutkan. Namun, sekiranya setelah bekerja disini saya menghadapi sebarang masalah yang menghalang tugasan saya sebagai seorang pekerja, saya akan berusah menyelesaikan permasalahan tersebut dan manjayakan tugas yang diberikan. (Lebih baik kalau korang boleh berikan contoh atau situasi untuk menguatkan lagi jawapan)

3. Kenapa saya perlu ambil anda bekerja?

Satu kesilapan yang sering sangat dilakukan oleh kebanyakan calon temuduga ialah jawab soalan ni dengan bagi tau skill, pengalaman dan kelebihan yang ada pada diorang. Sebenarnya jawapan ni sangat skeptikal dan ramai sangat orang bagi jawapan yang sama, jadi salah satu cara untuk korang menyerlah adalah macam ni.

Jawapan:

Fokuskan macam mana dengan kehadiran korang mampu untuk membawa syarikat tersebut lebih maju secara menyeluruh. Korang boleh kaitkan apa yang korang boleh lakukan sekiranya diberi peluang menjawat jawatan yang ditawarkan. Jadi penemuduga tu pun dapat berfikir dan nampak kelebihan korang secara menyeluruh dan 'long-term' baru la majikan pun rasa berbaloi nak ambil korang bekerja dan sangat rugi kalau lepaskan pekerja yang berpotensi macam korang.

4. Apa yang akan buatkan anda tinggalkan syarikat ni?

Selalu kita dengar solaan yang berbunyi 'kenapa awak nak bekerja di syarikat ni.' Tapi soalan yang ni adalah sebaliknya! Jadi untuk soalan trik tahap tinggi macam ni, adalah sangat kritikal untuk korang berterus terang dan jujur je. Mungkin korang boleh bagi jawapan yang macam ni.

Jawapan: 

Satu perkara yang membuatkan saya meninggalkan syarikat ni adalah ketidakjujuran. Saya percaya bahawa kejujuran adalah perkara utama dalam setiap perhubungan yang dicipta. Begitu juga hubungan antara pekerja dan majikan. Jika syarikat ini janjikan sesuatu kepada pekerja dan tak dapat tunaikan nya sesuai dengan janji maka saya mungkin meninggalkan syarikat ini. Dan begitu juga sebaliknya. Kerana sekali keprcayaan tu rosak, segalanya dah tak bermakna lagi.

5. Apakah perkara pertama yang anda akan lakukan sekiranya diterima bekerja di sini?

Untuk soalan yang ni majikan nak uji inisiatif apa yang korang akan lakukan sebaik sahaja korang diterima bekerja. Soalan ni juga untuk menguji sejauh mana kreatifnya daya pemikiran korang tu. Jadi, korang kena bagi jawapan yang relevan dan bersesuaian dengan jawatan yang korang mohon. Untuk dapat respon yang positif dari majikan atau penemuduga, min sarankan korang untuk bagi contoh yang mudah difahami dan bagi situasi ataupun lakukan demonstrasi agar lebih mudah untuk penemuduga tu nampak point korang dengan lebih jelas.

Ni contoh jawapan bagi jawatan khidmat pelanggan syarikat.

Jawapan: 

Pertama sekali saya akan mengkaji siapakah sasaran client saya. Dan saya akan merujuk kepada rakan sekerja yang boleh membantu saya untuk mengenali client tersebut dengan lebih mendalam. Dan mencari cara bagaimana saya boleh melayan client tersebut agar dia berasa selesa dan saya akan sedaya upaya membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh client tersebut dengan penuh berhemah. (Kemudian masukan situasi yang bersesuaian)