Ini Baru Pekerjaan Idaman! Lelaki Ini Dibayar RM320 SEJAM Untuk Tak Buat Apa Apa?
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Ini Baru Pekerjaan Idaman! Lelaki Ini Dibayar RM320 SEJAM Untuk Tak Buat Apa Apa?

post by MJ

by MJ

Sep 5, 2022
pada 1:36 PM

Ini Baru Pekerjaan Idaman! Lelaki Ini Dibayar RM320 SEJAM Untuk Tak Buat Apa Apa?

 

 

Berlaku di Tokyo, Jepun seorang lelaki bernama Shoji Morimoto mempunyai pekerjaan yang agak pelik dimana beliau tidak perlu melakukan apa apa dan dibayar gaji kerana itu. Boleh dikatakan inilah kerja idaman pekerja semua kan.

Mesti anda tertanya apa skop pekerja beliau kan? Beliau yang baru berusia 38 tahun itu mengenakan bayaran sebanyak 10,000 yen (RM320) sejam untuk menemani pelanggan dan hanya perlu menjadi teman sahaja. 

 

 

"Pada awalnya, saya hanya menyewakan diri sendiri. Tugas saya adalah berada di mana sahaja pelanggan saya mahu saya berada dan tidak melakukan apa-apa khususnya," kata Morimoto kepada Akhbar Reuters

Walaupun dengan penampilan yang sedarhana, Morimoto @morimotoshoji mempunyai lebih dari 250k followers di social media twitternya. Di platform itulah beliau mencari pelanggan untuk kerja beliau, malah ramai diantara followers beliau merupakan pelanggan setia beliau.

Aktiviti yang dilakukan adalah berbeza mengikut kehendak pelanggan itu sendiri, sebagai contoh ada yang mahukan teman untuk bermain di taman permainan, ada juga yang hanya sekadar menjadi teman di pejabat. Walaupun begitu beliau tidak melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan perkara yang tidak bermoral.  

 

Senang betul buat duit kan. Di Malaysia ada ke pekerjaan begini?