Wajib Berhenti Kerja Kalau Ada 6 'Simptom' Ni Dekat Office. Simptom No 3 Paling Ramai Ada!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Wajib Berhenti Kerja Kalau Ada 6 'Simptom' Ni Dekat Office. Simptom No 3 Paling Ramai Ada!

post by MJ

by MJ

Sep 8, 2022
pada 8:06 AM

Pernah tak korang rasa perkara-perkara atau simptom yang disenaraikan di bawah ni korang ada?

Kalau pernah jangan tunggu lebih lama lagi! Takde guna nya korang buang masa dan hanya menyeksa diri sendiri. Kerana bila korang mengalami perkara macam ni, ia adalah tanda yang korang sebenarnya tak sesuai untuk teruskan kerjaya tersebut. Berhenti dan carilah peluang kerja yang lain sebelum terlambat.

1. Terikat Antara Kerjaya & Hidup

Sekiranya, korang mengejar kerjaya sehingga begitu taksub dan menjauhkan korang dari kehidupan seperti keluarga dan kehidupan. Korang kena tinggalkan kerja korang. Sebab kerjaya yang baik adalah kerjaya yang seimbang. Dimana Korang bekerja untuk menjana pendapatan dna meneruskan keberlangsungan hidup. Dalam masa yang sama, kerjaya itu tidak menutup atau mengambil alih masa korang bersama keluarga atau orang-orang tersayang.

Kerjaya seperti ini cenderung untuk membawa korang kepada tekanan. Sebelum ia menjadi lebih rumit dan tak terkawal, adalah lebih baik untuk korang mencari sumber pendapatan yang lain.

2. Kemahiran Terkongkong

Korang berasa kecil dan serba kekurangan jika dibandingkan dengan rakan sekerja yang lain. Kerana korang tak boleh gunakan kemahiran yang korang ada semaksima mungkin. 

Ini merupakan tanda yang korang berada pada kerjaya yang salah, dan korang mungkin lebih menyerlah dan cemerlang pada peluang kerja yang lain. Lagipun kalau korang masih berdegil untuk stay, korang tak kan kemana. Korang hanya membuang masa, malah kerjaya korang juga sukar untuk berkembang kerana majikan tak kan nampak potensi diri korang yang sebenarnya.

3. Tertunggu-tunggu Hari Jumaat

Setiap kali menjelang nya hari Jumaat korang berasa lega dan sangat gembira. Malah ketika bekerja di hari Isnin korang ternanti-nanti akan kedatangan hari jumaat dengan perasaan gelisah atau tak sabar. Ini adalah tanda yang suasana pekerjaan atau pekerjaan tu sendiri tak sesuai untuk korang.

Mungkin korang rasa terbeban dengan segala tugasan atau suasana kerja yang tak memberansangkan, sebab tu korang asyik memikirkan bila hari cuti akan tiba supaya korang terlepas dari segala bebanan yang ditanggung.

Ni adalah satu pemikiran yang tidak sihat, sebab bila korang tak boleh fokus semasa bekerja kualiti kerja pun akan merundum. Jadi eloklah pertimbangkan untuk mencari kerja yang baru.

4. Sakit Hati Dengan Pencapaian Orang Lain 

Setiap kali tengok rakan sekerja lain berjaya mencipta kejayaan korang akan rasa tak senang duduk, sakit je rasa hati ni. Menyampah je tengok bila kawan-kawan berjaya. Kalau boleh rasa tak nak tau pun apa yang boleh buat diorang berjaya.

Haa.. Ni petanda buruk yang membuktikan korang kena berhenti kerja dengan segera, duduk dirumah dan bertenang dulu sebelum memulakan pencarian kerja semula. Refleks semula diri sendiri apa kurangnya korang dengan orang lain. Kumpul kekuatan semula dan kembali bekerja tau.

5. Kerjaya Sekarang Terbatas

Sejak mula bekerja ni, banyak perkara dalam hidup korang yang terpaksa korang korbankan. Semua perkara jadi terbatas dan tak boleh dilaksanakan akibat dihalang oleh tuntutan kerja. Apakata korang cuba fikirkan semuala, adakah korang mahu bekerja dan hidup dalam kerugian macam ni selama nya?

Rugi tau kerana terlalu pentingkan kerjaya, korang terlepas semua detik-detik indah dalam kehidupan.

6. Berharap Waktu Kerja Berlalu Pantas

Baru je mula buat kerja tak sampai beberapa jam, korang dah macam cacing kepanasan. Sekejap-sekejap tengok jam, sibuk mengira waktu untuk balik kerja. Sampai hilang segala tumpuan dan fokus semasa melaksanakan tugas. 

Lepas tu fikiran pun setiasa menerawang dekat rumah, balik nanti nak masak apa untuk suami. Nak luangkan masa dengan anak-anak dan sebagainya. Ni tanda yang korang sebenarnya tak seronok pun kerja kat situ. Jadi jangan jadi buta, berhenti kerja dan buat perkara yang korang suka. 

Kerana, kajian pun telah membuktikan. Sekiranya seseorang melakukan perkara yang disukainya, kualiti kerja juga akan meningkat dua kali ganda berbanding mereka yang hanya bekerja atas dasar untuk meneruskan keberlangsungan hidup tanpa minat.

Sape pernah rasa simptom macam ni? Kenapa korang rasa macam tu? Kongsikan pengalaman korang dengan min kat ruangan komen okay.