Jangan Mimpi HR Nak Panggil Interview Kalau Letak Experience Macam Ni Dalam Resume!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Jangan Mimpi HR Nak Panggil Interview Kalau Letak Experience Macam Ni Dalam Resume!

post by MJ

by MJ

Sep 25, 2023
pada 10:22 PM

Dalam resume ni kalau takde experience memang tak sah lah kan resme tu. ate nye kome nak keje macam mana kan... So dalam resume ni lah majikan akan nampak sama ada kroang ni sesuai tak dengan syarikat mereka. Tambahan lagi dalam resume ni dapat lah dia tahu serba sedikit pasal korang...

Tapi ada beberapa kesalahan dalam menulis experience kerja ini sampaikan boleh membuatkan majikan tak rasa nak ambil korang bekerja dan seterusnya pilih calon lain walaupun personaliti korang menarik.

1. Pengalaman kerja yang terlalu panjang meleret

Tolong lah beringat sikit, resume ni paling maksimum sampai 2 helai muka surat sahaja. Jadi kalau bahagian pengalaman kerja pun dah meleret-leret sampai 3 muka surat, mana nak letak maklumat peribadi serta kemahiran pula? Panel penemuduga mana yang boleh tahan kalau dalam bahagian pengalaman kerja tu, segala info dia letakkan. Daripada nama bekas majikan, alamat company dulu, setiap satu tugas yanng dia lakukan sampaikan tugas kena hantar email pun dia masukkan sekali. Macam mana tak meleret resume tu kan?

Elakkan buat sebegini kerana panel mahu baca resume yang ringkas dan senang untuk mereka cari segala info penting yang diperlukan. Cara sebegini lah yang membuatkan korang tak dapat kerja tau kalau buat juga. Ada sesetengah pakar memberi nasihat untuk hanya senaraikan pengalaman kerja dalam tempoh 10 tahun sahaja dan yang lebih daripada itu tidak perlu. Ini mengikut penasihat kerjaya ye.

2. Pengalaman kerja yang tidak berkaitan

Bagi korang yang sering bertukar-tukar bidang kerja dan pernah bekerja di bermacam-macam industri, apa yang perlu korang ingatkan ialah hanya senaraikan kerja terdahulu yang kena dengan jawatan yang dimohon sekarang. Ada sesetengah majikan berpendapat yang jika korang senaraikan kesemua kerja yang berbeza-beza, ia membero persepsi bahawa korang jenis yang susah untuk fokus. Malah ia juga boleh mengelirukan majikan.

Sebagai contoh, jika korang memohon kerja sebagai seorang IT konsultan, hanya senaraikan kerja terdahulu yang berkaitan. Dan buat kerja yang memnag jauh tak perlu untuk diletakkan.  Jika mahu juga, boleh letak di seksyen yang lain. 

3. Langsung tak letak pengalaman kerja

Ada ke yang buat macam ni dalam resume? Jangan lah sampai tak tulis langsung. Itu memang idea paling teruk lah untuk seorang calon. Kalau tak letak, apa yang majikan boleh tanya pada korang? Dia tak ada langsung maklumat tentang pengalaman kerja walaupun sedikit. Yang ada dalam resume hanyalah biodata diri. Hmm..

Jangan anggap majikan akan tanya pada korang satu peersatu, ianya hanya membuang masa sahaja dan memang penemuduga pun tak ada banyak masa untuk korang je. Ada ramai lagi yang menunggu untuk ditemuduga. Ingat ye, jangan sesekali tak letak pengalaman kerja. Kalau ada 1-2 je pun letak sahaja untuk menunjukkan time-frame korang. Kalau kosong, majikan akan anggapp korang menganggur buat jangka masa yang lama!

Kalau korang nak cari peluang kerja diluar sana, admin nak bagitahu antara altenatif yang korang boleh try dlm job-hunting ni adalah drop resume korang and nanti majikan yang akan contact korang dalam 72 jam (sekiranya relevan). Drop disini https://bit.ly/3Psih96