Patut Ke Bagitahu Bos Kita Tengah Cari Kerja Lain?
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Patut Ke Bagitahu Bos Kita Tengah Cari Kerja Lain?

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Oct 10, 2022
pada 8:10 AM

Korang rasa lemah bila nak pergi kerja, rasa macam tak berbaloi, hilang motivasi, tempat kerja pula ada bermacam-macam hal. Penyelesaian yang boleh korang fikirkan ialah cari kerja baru. Korang nak kan gaji yang lebih tinggi, kerja yang ada masa depan, kerja yang mana korang diberikan kepercayaan sepenuhnya dan tanggungjawab. Korang dah mulakan proses mencari kerja sejak dua minggu lalu lagi.Kemudian korang terfikir, perlu ke beritahu bos yang korang tengah mencari kerja baru?

Mungkin perlu, mungkin juga tidak. Bak kata orang, kejujuran itu penting tapi ikut juga keadaan, dan kalau situasi macam ini bagaimana pula? Kalau korang rasakan perlu untuk beritahu bos, sabar dulu. Pertimbangkan 4  soalan ini dahulu sebelum membuat keputusan:

1. Apa hubungan korang dengan majikan? Sebagai bos? Atau mentor yang disanjung?

Tanya diri korang, majikan tu boleh dianggap sebagai mentor atau tidak? Kalau korang yakin 100% jadi sila lah beritahu mereka. Kelebihan yang paling bernilai yang korang boleh dapatkan di tempat kerja adalah apabila seorang yang senior dalam organisasi itu bertindak sebagai mentor dan juga invest pada diri korang. Memang amat susah untuk nak berjumpa majikan yang sebegini, dan kalau korang dapat jangan persia-siakan. 

Majikan yang sebegini akan faham situasi korang dan menyokong tindakan korang. Malah mungkin mereka juga akan membantu dalam mencari kerja jika ada mana-mana tempat yang kosong juga akan bagi nombor telefon kenalan mereka untuk bertanyakan kerja kosong. Fuyoo ini memang best lah! Iye lah buat apa majikan nak halang korang lagi kalau dah memang korang sudah membuat keputusan bukan?

2. Apa budaya dan fokus di tempat kerja korang?

Ada banyak company yang memang fokus pada keuntungan semata-mata, revenue-focused. Jika ini lah budaya di tempat kerja koranng dinasihatkan tak perlu lah untuk memaklumkan pada majikan. Tapi kalau company jenis membantu dan memang menggalakkan korang dalam memajukan kerjaya ia memang membantu kalau korang beritahu pada mereka. Company yang sebegini mahukan yang terbaik untuk korang, dan berhenti kerja untuk kerja yang lebih baik adalah sesuatu yang menggembirakan.

Tambah lagi jika korang bekerja di company startup. Satu team yang kecil seakan keluarga dan makin lama akan berkembang besar. Bila dah makin membesar dan pekerja pun bertambah, akan ada masanya korang perlu bertindak dengan mencari kerja lain atas sebab-seba tertentu. Dan mereka akan faham dan menerima sebaiknya.

3. Apa potensi kesan daripada itu?

Kalau korang senaraikan segala kesan pro and cons samada untuk beritahu atau kekal rahsia, memang senarai korang akan berjela panjang dalam bahagian cons. Bila korang mengatakan yang korang mahu berhenti tapi masih lagi tidak berhenti, ianya akan memberikan kesan negatif. Salah satu kesannya ialah majikan tidak akan teragak-agak untuk segera mencari peganti untuk menggantikan jawatan korang. 

Jadi perlu fikirkan juga  kesannya jika beritahu. Saat korang maklumkan pada majikan, jam akan berjalan dan majikan pun perlu mencari orang dengan segera. Jadi jangan beritahu jika korang masih lagi belum tentu dapat kerja lain. 

Lagi satu yang perlu difikirkan ialah bagaimana reaksi majikan serta pekerja  lain. Mungkin mereka ada invest dalam pekerjaan korang dan jika korang berhenti ianya akan menjadi personal. 

4. Apa kata hati korang?

Kita sebenarnya bijak dalam menganggar apa kesan yang bakal berlaku atas sesuatu tindakan. Selalunya kata hati kita itu memberitahu jawapan yang tepat daripada turutkan apa  yang kita fikirkan. Tanya pada diri korang sendiri, "kalau bagitahu bos, mesti dia akan sokong dan terima." Kalau begitu beritahu je pada mereka dan kalau kata hati korang beritahu yang sebaliknya, jangan lakukan.

Bagaimana untuk beritahu yang korang nak berhenti?

Jumpa bos dan terus beritahu mereka yang korang nak berhenti tanpa sebarang notis memang perlu dielakkan. Sebaliknya cuba korang berjumpa dengan majikan dan katakan pada mereka yang korang mahu berbincang tentang kerja. Berbincang apa yang boleh korang sumbangkan pada syarikat dan jika tiada apa lagi yang boleh diusahakan, beritahu secara sopan yang korang merasakan kerja tersebut membataskan prestasi kerja dan korang perlu berubah.