Jangan Chaw Jer! Gunakan 7 Langkah Ni Bila Dah Dapat Offer Letter
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview # Others

Jangan Chaw Jer! Gunakan 7 Langkah Ni Bila Dah Dapat Offer Letter

post by MJ

by MJ

Oct 11, 2022
pada 2:14 PM

Jangan Chaw Jer! Gunakan 7 Langkah Ni Bila Dah Dapat Offer Letter

 

 

Pertama sekali tahniah atas kejayaan anda dapat offer pekerjaan. Ini bermakna ada telah lepas melalui fasa interview dan perundingan gaji. Namun apa step yang seterusnya yang anda patut lakukan?

Ini adalah 7 langkah yang betul apabila anda telah dapatkan offer letter.

 

1. Tulis Surat Terima Kerja

 

Jika anda sudah terima offer itu secara lisan tetapi lebih baik jika anda sediakan juga secara bertulis. Ini adalah tujuan record pada diri anda dan juga pihak majikan. Anda boleh pilih sama ada menghantar e-mel atau surat secara rasmi menerima tawaran kerja, adalah penting untuk menyatakan semula butiran tawaran diberikan kepada anda dan juga Tanya jika ada apa-apa yang diperlukan daripada anda sebelum tarikh mula.


 

2. Maklumkan bos/majikan anda bahawa anda menerima tawaran kerja

 

Jika anda sedang bekerja, beritahu boss anda bahawa anda telah menerima tawaran kerja dan kemudian bersetuju dengan tarikh penamatan berdasarkan di dalam kontrak anda. Serahkan surat perletakan jawatan rasmi, pastikan anda memberikan satu salinan kepada bos anda dan satu lagi kepada HR.

 

Anda mungkin mendapat tawaran balas daripada majikan semasa anda yang termasuk gaji yang lebih tinggi atau faedah yang lebih manis. Cuba buat keputusan apakah sebab anda mencari pekerjaan baru sebelum ini.

 

3. Beritahu syarikat lain yang anda sudah mohon

 

Jika anda telah menemu duga untuk jawatan dengan majikan lain, e-mel kepada mereka bahawa anda telah menerima tawaran kerja dengan syarikat lain. Jangan jadi calon yang ghosting majikan pula. Pastikan anda tulis penghargaan kepada mereka kerana telah memberi masa untuk menemuduga anda.

 

4. Penyerahan Tugas

 

Ini adalah penting kerana Ini akan menunjukkan anda bersikap dengan professioanl semasa peralihan tugas. Anda masuk secara baik maka tinggalkan syariakt itu secara baik. Cuba siapkan dan pastikan semua tugasan tertangguh disiapkan atau diberi kepada pengganti anda. Jika anda menggunakan sebarang aser syarikat, boleh pulangkan kepada bahagian HR

 

5. Keluar dengan bersemangat dan positif.

Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan selepas menerima tawaran kerja. Selesaikan semua tugas anda di bulan atau minggu terakhir dengan semangat yang positif. Terima kasih kepada mana-mana rakan sekerja yang membantu anda belajar dan berkembang secara profesional dalam pekerjaan. Manfaatkan masa ini sepenuhnya untuk mencipta peralihan yang lancar di syarikat lama anda.