Resume Anda Bakal Ke Tong Sampah Kalau Ada “Benda” ni…
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Resume Anda Bakal Ke Tong Sampah Kalau Ada “Benda” ni…

post by MJ

by MJ

Nov 1, 2022
pada 10:06 PM

Resume Anda Bakal Ke Tong Sampah Kalau Ada “Benda” ni…

Mana yang dah terbiasa baca blog Maukerja Malaysia, mesti dah terbiasa dengan info pasal resume. Macam macam tips kita dah share, malah kami akan sentiasa update dari semasa ke semasa mengenai 'trend' dan perkembangan terkini dalam menghasilkan resume yang berkualiti.

Mungkin sebelum ini anda dah terbiasa menulis ayat-ayat ini di dalam resume, kami sendiri akui pernah menyarankan anda untuk menulis beberapa frasa ini. Namun, dah 2022 ni, banyak sudah berubah, kalau dulu majikan anggap frasa ini 'mahal' dan 'sedap', kini majikan dah mula naik jelak apabila membacanya.

Laman Business Insider, berkongsikan 9 jenis ayat yang membuatkan majikan rasa 'loya tekak' bila membacanya. Jika anda rasa ayat ini 'bernilai' maknanya anda sudah outdated. Jadi, buka semua resume, rujuk balik dan perbetulkan semula jika ayat-ayat sebegini terkandung dalam resume anda.

1.  ‘References Available By Request’

Frasa ini memang dah ketinggalan zaman, ia akan menampakkan bahawa anda sedang menyembunyikan sesuatu dan majikan akan rasa kurang yakin untuk lantik anda.

2. Seasoned

Ia akan menampakkan yang anda ini benar-benar dah tua. Mungkin niat anda nak sampaikan yang anda seorang "super-duper senior" dalam sesebuah bidang tu tapi cari ayat lain yang lebih 'catchy' dan lebih 'kuat'!

3. Innovative

Ia kedengaran seperti anda menulis resume untuk diri sendiri, subjektif dan berbunyi 'arrogant'

4. Microsoft Word

Semua orang pandai buat kalau setakat menaip buat, masuk kan clip art semua tu. Letak kalau anda memang benar-benar 'expert', kalau biasa-biasa tak perlu letak, majikan nak meluat dengan gaya calon yang nak mengampu acah-acah 'highly skilled' tu.

Selain itu, 'kejahilan' korang terserlah kerana majikan tahu yang korang sebenarnya ada pengetahuan asas sahaja dalam Microsoft Office!

 

5. Highly Qualified

Ayat ini tak menarik minat majikan langsung! Fokus kepada kemahiran, pencapaian, dan 'credentials' yang boleh membuatkan majikan terpukau.

6. Successfully

Ia menenunjukkan yang anda betul-betul arif dalam apa jua yang ditulis dalam resume, sekaligus majikan anggap anda seorang yang hebat. Itu sebablah banyak terjadi kes kerja susah walaupun tak ditunjuk ajar.

7. Ambitious

Menampakkan yang anda sebenarnya mohon sesuatu kerja sebagai batu lonjatan sahaja dan ada perancangan untuk lompat kerja lain.

8. I, Me, Myself

Elakkan menulis kata ganti diri yang lebih ke arah kepribadian.

9. Team Player

Majikan sikit pun tak kisah, team player ini adalah satu kewajipan! Jadi, beri penekanan terhadap projek kolaborasi yang membuatkan anda berjaya.