Kenapa Kereta Konvoi bersama PM10 Kita Ni Ada Banyak Antena? Boleh Tengok World Cup Ke?
# Others

Kenapa Kereta Konvoi bersama PM10 Kita Ni Ada Banyak Antena? Boleh Tengok World Cup Ke?

post by MJ

by MJ

Nov 24, 2022
pada 2:43 PM

Apa Fungsi Sebenar Kereta Yang Ikut PM-10 Kita Ni? Ini Jawapannya.



Selepas sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 maka dengan itu rakyat boleh merehatkan diri dengan isu isu dan kemelut politik. Cuti pun sudah diisytiharkan oleh Perdana Menteri kan.

Namun ada ramai netizen yang mempersoalkan apakah fungsi sebenar kereta pacuan 4 roda yang menjadi iringan bersama PM kita itu kan. Kereta ini pertama kali dilihat apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat untuk mengangkat sumpah di Istana Negara pada tempoh hari. 

 

Bagi yang masih tertanya tanya apakah kereta yang dimaksudkan itu. Ini adalah beberapa gambar kenderaan pacuan empat roda yang menjadi iringan atau escort bersama Perdana Menteri Malaysia ke 10 itu. 

 



 

Bagi yang tidak mengertahui, kereta itu juga digunakan oleh escort atau iringan membawa presiden di negara luar juga dan dikenali sebagai Roadrunner. Kenderaan itu berfungsi sebagai hab komunikasi untuk iring-iringan dengan menyulitkan penghantaran radio dan video yang akan dipancarkan terus satelit tanpa ada apa apa gangguan. 

 

 

Kiranya hebat juga ye sistem keselamatan perdana menteri di negara kita ye.