“Kalau Resume Macam Ni, 800 Kali Apply Pun Belum Tentu Dapat Kerja..” - HR Perli Resume Jobseeker Ini.
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

“Kalau Resume Macam Ni, 800 Kali Apply Pun Belum Tentu Dapat Kerja..” - HR Perli Resume Jobseeker Ini.

post by MJ

by MJ

Nov 25, 2022
pada 1:15 PM

“Kalau Resume Macam Ni, 800 Kali Apply Pun Belum Tentu Dapat Kerja..” - HR Perli Resume Jobseeker Ini.

Seorang wanita berkongsikan kisah beliau yang mana telah dua bulan tak dapat kerja. Mohon punya mohon dah dekat 80 kerja kosong, tapi satu pun tak lekat interview. Pelikkan? Takkan lah satu pun tak call panggil interview. Mesti ada sebab…

Jadi wanita ni pun berjumpa la dengan kawan dia iaitu pakar HR. Benda pertama kawan dia minta ialah resume beliau. 

Apa yang ditegur dalam resume beliau adalah

1. ‘References Available By Request’

Bila kita baca macam ni kita rasa macam korang ni ada menyembunyikan sesuatu dan majikan sendiri akan rasa kurang yakin untuk lantik anda.

2. Innovative

Ayat ni ibarat korang tulis resume untuk diri sendiri, subjektif dan berbunyi 'arrogant' (Bagi sesetangh majikan)

3. Microsoft Word

Semua orang pandai buat kalau setakat menaip, masuk kan clip art semua tu. Letak kalau korang memang betul betul 'expert'.

4. Highly Qualified

Ayat macam ni tak membuktikan apa apa skills kita tu, kalau boleh la lebih baik fokus kepada kemahiran, pencapaian, dan 'credentials' yang boleh membuatkan majikan terpukau.

5. I, Me, Myself

Kalau boleh elakkan menulis kata ganti diri yang lebih ke arah kepribadian.

So dari kesalahan kesalahan besar seperti 5 kat atas ni, punca kepada kenapa lah majikan ni tak panggil korang bekerja. Jadi berhati hatilah okay!