Apply Kerja Tak Pernah Dapat? Pastikan RESUME kita mesra ATS Dulu Baru Dapat Kerja
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Apply Kerja Tak Pernah Dapat? Pastikan RESUME kita mesra ATS Dulu Baru Dapat Kerja

post by MJ

by MJ

Jan 29, 2023
pada 12:33 PM

Macam mana nak pastikan RESUME kita mesra ATS? 

 

Tahu tak sebenarnya banyak resume yang kita buat sekarang tak mesra ATS (applicant tracking system)..Rasanya dah banyak company yang guna ATS ni sebab nak bagi proses pilih resume lebih efektif dan jimat masa. Cumanya tulah, dah nama pun sistem, mesti ada limitation. Kalau ikut pengalaman saya sendiri lah kan, banyak sebenarnya resume jobseeker yang tak lepas ATS. atas sebab sebab tertentu, sebab kecil je pun!

 

Boleh cuba ikut tips ni, supaya resume Mesra ATS.

1) Save Resume korang dalam format .pdf atau .doc/.docx. Jangan buat format .jpg/.jpeg/.png

 

2) Elakkan dari guna terlalu banyak gambar & simbol.

Jangan guna simbol untuk ganti teks, macam ni:

guna simbol untuk ganti teks "email"

guna simbol untuk ganti teks "alamat"

 

3) Elak tukar perkataan dengan perkataan yang tak biasa, macam ni:

Tukar perkataan "pengalaman" dengan Perkataan "perjalanan karier saya"

tukar perkataan "pendidikan" dengan perkataan "tempat dimana saya menimba ilmu"

Nampak macam style, anak indie gitu, tapi sayangnya. ATS akan pilih perkataan yang dia cari.

 

4) Cuba try cari website ATS online, and try upload resume. Korang boleh tengok macam mana ATS ni baca data dalam Resume korang.

 

Macam biasa iklan - Drop Resume korang dekat sini untuk pencarian kerja cara baru. Mungkin akan memudahkan korang. Letak resume, biarkan je. Nanti majikan akan contact korang bagi kerja okay!