LIVE: Perkembangan TERKINI BELANJAWAN NEGARA 2023 oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

LIVE: Perkembangan TERKINI BELANJAWAN NEGARA 2023 oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim

post by MJ

by MJ

Feb 24, 2023
pada 6:20 PM

Ikuti perkembangan terkini mengenai Belanjawan Negara 2023 secara langsung di Maukerja Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim ! Dapatkan maklumat terbaru dan terperinci tentang anggaran, peruntukan, dan dasar-dasar yang akan mempengaruhi negara kita pada tahun hadapan. Saksikan siaran langsung untuk mengetahui cabaran dan peluang yang dihadapi oleh negara kita dalam membangunkan ekonomi dan memperbaiki keadaan sosial. Jangan lepaskan peluang untuk memahami Belanjawan Negara 2023 dengan lebih mendalam. Ikuti blog maukerja!

 

Assalammualaikum dan Selamat Petang

Selamat datang ke laman Live Blog Maukerja Malaysia untuk liputan #Belanjawan2023 #malaysiamadani

6:15 PM: Tamat  pembentangan #Belanjawan2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan Malaysia.

6:07 PM: Peruntukan hampir RM1 bilion Membantu rakyat membina semua simpanan persaraan bagi memastikan simpanan mencukupi untuk persaraan. - PM Anwar

6:07 PM: Rakyat berumur 40 - 54 tahun (dengan simpanan KWSP kurang RM10 ribu di Akaun 1), Kerajaan akan menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 sebanyak RM500. Program ini memanfaatkan hampir 2 juta ahli KWSP. - PM Anwar

6:06 PM: RM50 juta Bagi memastikan keadaan yang selamat di Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan keutamaan untuk menggantikan lif-lif yang telah usang, peruntukan yang disediakan di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. - PM Anwar

6:05 PM: Kementerian Kesihatan Sebanyak RM36.3 bilion(2023) berbanding RM32.4 bilion tahun lepas. - PM Anwar

6:00 PM: PTPTN Diskaun bayaran balik sehingga 20% akan dilaksanakan bermula 1 Mac 2023 selama 3 bulan. Penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang berpendapatan kurang daripada RM1,800 juga akan dilaksanakan untuk tempoh 6 bulan. - PM Anwar

5:59 PM: RM777 juta Bagi penyediaan makanan berkhasiat di bawah Rancangan Makanan Tambahan. Inisiatif ini bakal memanfaatkan 700,000 murid. - PM Anwar

5:57 PM: RM55.2 bilion Peruntukan tertinggi untuk Kementerian Pendidikan. - PM Anwar 

5:56 PM: MRT 3 Kerajaan akan mengkaji semula perincian projek untuk memastikan nilai terbaik dan yakin akan dapat mencapai penjimatan tambahan sekurang-kurangnya di bawah RM45 bilion. - PM Anwar 

5:55 PM: Pas bulanan My50. Akan diteruskan bagi memanfaatkan seramai 180,000 pengguna. - PM Anwar 

5:50 PM: RM102 juta Dana Kandungan Digital untuk mempergiat pemasaran produk seni tempatan dan mendorong penghasilan lebih banyak karya kreatif. - PM Anwar 

5:43 PM: RM324 juta Menambah baik program latihan dan kemudahan sukan untuk manfaat semua atlet termasuk atlet para. - PM Anwar 

5:40 PM: RM20 bilion Diperuntukkan bagi meneruskan dan menyegerakan pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak Sabah Link Road. - PM Anwar 

5:37 PM: RM6.5 bilion (Sabah) RM5.6 bilion (Sarawak) Peruntukan untuk projek infrastruktur air, elektrik, jalan raya, kesihatan dan kemudahan pendidikan. - PM Anwar 

5:35 PM: RM1 bilion Skim Pembiayaan Agrofood bagi membantu pengusaha agromakanan demi meningkatkan produktiviti pengeluaran. - PM Anwar 

5:33 PM: Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak 2 peratus melibatkan banjaran pendapatan lebih RM35 ribu hingga RM100 ribu setahun. - PM Anwar

5:32 PM: RM256 juta Kenaikan RM200 sebulan untuk musim tengkujuh untuk tempoh 4 bulan membantu 320,000 pekebun kecil. - PM Anwar

5:31 PM: Tunai sebanyak RM200 sebulan akan diberikan kepada pesawah padi untuk tempoh 3 bulan atau semusim melibatkan 240 ribu pesawah dengan peruntukan RM228 juta. - PM Anwar

5:31 PM: Kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah dengan peruntukan RM400 juta. - PM Anwar

5:30 PM: RM8 bilion Sumbangan Tunai Rahmah akan membantu untuk meringankan beban sara hidup seramai 8.7 juta penerima. - PM Anwar

5:30 PM: RM600 Sumbangan tambahan kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. - PM Anwar

5:29 PM: RM2,500 Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 (bergantung kepada bilangan anak). - PM Anwar

5:28 PM: Barangan keperluan asas dijual pada harga berpatutan di kawasan pedalaman. Peruntukan untuk itu juga ditingkatkan kepada RM225 juta untuk diperluaskan ke 25 kawasan baharu. - PM Anwar

5:27 PM: Barangan asas 30% lebih murah berbanding pasaran yang ditawarkan daripada Jualan Rahmah - RM100 juta untuk 222 kawasan Parlimen. - PM Anwar

5:26 PM: Kerajaan memperuntukkan sebahagian daripada Wang Ehsan Kelantan dan Terengganu supaya disalurkan secara langsung khususnya untuk membantu golongan miskin. - PM Anwar

5:25 PM: Bantuan dan kemudahan diberikan secara bulanan serta dipantau sama ada sewa beli kelengkapan atau subsidi penggajian untuk majikan yang mengambil peserta miskin tegar bekerja. - PM Anwar

5:24 PM: RM750 juta Disediakan untuk tahun 2023 kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan IPR. - PM Anwar

5:23 PM: Dengan pelbagai inisiatif, iltizam Kerajaan adalah untuk menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini. - PM Anwar

5:22 PM: RM30 juta Peruntukan untuk meningkatkan daya huni perumahan awam di Kuala Lumpur. - PM Anwar

5:21 PM: Sebagai ketersediaan dana terkumpul di bawah MyCIF. RM40 juta turut disediakan sebagai dana padanan yang menyokong kaedah pendanaan alternatif. - PM Anwar

5:20 PM: RM1.5 bilion Khazanah dan KWSP antara GLC yang akan melabur dalam beberapa syarikat pemula tempatan yang inovatif serta mempunyai pertumbuhan tinggi. - PM Anwar

5:19 PM: RM100 juta Sokongan bagi aktiviti automasi dan pendigitalan perniagaan di bawah Skim Geran Pendigitalan PKS & penjaja kecil. - PM Anwar

5:17 PM: RM725 juta Disediakan sebagai pelaksanaan ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan hampir 3,700 buah sekolah. - PM Anwar

5:15 PM: RM115 juta Dana geran padanan untuk bekerjasama dengan industri Pelancongan dan Kebudayaan. - PM Anwar

5:13 PM: RM80 juta Usaha untuk menambah baik kelestarian industri serta mempergiatkan lagi Kempen Menangani Antiminyak Sawit. - PM Anwar

5:12 PM: RM50 juta geran padanan. Sebagai galakan automasi sektor perladangan melalui penggunaan robotik serta kecerdasan buatan. Usaha ini berupaya untuk menggaji pekerja tempatan yang berkemahiran.

5:11 PM: 35,000 peluang kerja. Penempatan pekerjaan di syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan, khususnya kepada belia, graduan TVET serta kumpulan rentan dan veteran. - PM Anwar

5:10 PM: RM1 bilion Dana daripada HRDCorp dalam melaksanakan program latihan kemahiran kepada pekerja-pekerja bagi majikan berdaftar & mempunyai levi terkumpul. - PM Anwar

5:o9 PM: Bayaran latihan untuk pekerja gig yang menjalani program peningkatan kemahiran micro credentials akan ditanggung oleh Kerajaan. Tanggungan sehingga RM4,000. - PM Anwar

5:07 PM: Model Penang Skills Development Centre ini perlu dicontohi demi pemerkasaan kerjasama Awam dan Swasta. - PM Anwar

5:05 PM: Dalam usaha untuk melindungi hak pengguna, Akta Kredit Pengguna akan diggubal dan Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna akan ditubuhkan. - PM Anwar

5:04 PM: Unit khas di bawah D11. Akan ditubuhkan untuk membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak bagi menangani jenayah seksual. - PM Anwar

5:03 PM: Rakyat yang diisytihar muflis berhak mempunyai peluang kedua. Pelepasan serta-merta bagi kes kecil (hutang <RM50,000) mulai 1 Mac 2023. Sasaran 130 ribu rakyat bakal dilepaskan. - PM Anwar

5:00 PM: Dasar "kill switch" akan dilaksanakan kepada semua institusi perbankan bagi membolehkan setiap pengguna mengambil tindakan segera untuk membekukan akaun mereka, termasuk menghalang penggunaan kad ATM. - PM Anwar

4:59 PM: RM5.2 bilion Peningkatan pemberian MARRIS untuk menyelenggara jalan negeri. - PM Anwar

4:57 PM: RM1.2 bilion untuk projek pembaikan 400 klinik dan 380 buah sekolah daif bakal disiapkan pada tahun ini. - PM Anwar

4:55 PM: Pelaksanaan perolehan Kerajaan haruslah telus dan bersifat terbuka. Oleh itu, Rundingan terus bagi projek tebatan banjir (RM15 bilion) dan JanaWibawa (RM7 bilion) telah dibatalkan. - PM Anwar

4:53 PM: Agensi swasta komited dalam mewujudkan Wakaf MADANI dengan aset-aset yang bernilai lebih daripada RM1 bilion. - PM Anwar

4:50 PM: Bermula 2024, aset simpanan syariah akan diasingkan sepenuhnya bagi memberi pulangan yang kompetitf kepada 1.25 juta ahli yang memiliki akaun syariah - PM Anwar

4:48 PM: Keupayaan sistem kewangan Islam harus dipertingkatkan bagi memupuk prinsip pemacuan pertumbuhan serta pengagihan kekayaan yang adil. Di mana, ia tidak tertumpu pada keuntungan syarikat dan konglomerat. -PM Anwar

4:45 PM:  Pembesaran serta peningkatan keupayaan lapangan terbang di Pulau Pinang & Subang antara usaha yang dicadangkan oleh Kerajaan. - PM Anwar

4:43 PM: RM6 bilion Pembiayaan strategik oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad bagi menggalakkan agenda mampan dan automasi. - PM Anwar

4:42 PM: Kerajaan bercadang untuk melanjutkan insentif cukai pendapatan dan elaun cukai pelaburan sehingga 31 Disember 2025 bagi sektor aeroangkasa. Ini untuk menggalakkan lagi pengembangan kapasiti syarikat sedia ada dan menarik lebih banyak pelaburan. - PM Anwar

4:41 PM: Invest Malaysia Council & Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan akan menerajui usaha dalam mempercepatkan kelulusan projek pelaburan berpotensi tinggi. - PM Anwar

4:40 PM: RM50 juta Dalam usaha untuk memelihara khazanah semula jadi negara, bilangan renjer yang mengawal kawasan hutan akan ditingkatkan kepada 1,500 orang. Khidmat orang asli, veteran tentera & polis menjadi keutamaan. - PM Anwar

4:39 PM: Sebagai persiapan berdepan bencana, RM150 juta disediakan kepada NADMA untuk keperluan aset, sistem amaran & bantuan. RM50 juta juga disediakan kepada ATM, Bomba dan RELA bagi penyediaan peralatan dan aset. - PM Anwar

4:38 PM: Menender semula 6 projek tebatan banjir. Antaranya Rancangan Tebatan banjir di Sungai Johor, Kota Tinggi. - PM Anwar

4:37 PM: Kerajaan cadang perkenal Cukai Barangan mewah mulai tahun ini - PM Anwar

4:36 PM: Jaminan sehingga RM20 bilion. Pinjaman bagi PKS daripada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dengan 90% jaminan Kerajaan. - PM Anwar

4:35 PM: RM1.7 bilion Kemudahan pinjaman oleh BNM, BSN & TEKUN. Khususnya untuk usahawan mikro, wanita, belia & penjaja kecil. - PM Anwar

4:34 PM: RM40 bilion Peruntukan untuk fasiliti pinjaman dan jaminan pembiayaan bagi PMKS - PM Anwar

4:33 PM: RM50 juta Bina baharu serta menaik taraf 3,000 gerai dan kiosk untuk peniaga kecil berniaga. - PM Anwar

4:32 PM: Pengurangan kadar cukai PMKS daripada 17% ke 15% ke atas pendapatan bercukai bagi RM150,000 pertama mulai tahun taksiran 2023. - PM Anwar

4.30 PM: Wujud ketirisan dalam subsidi diesel dengan anggaran hampir RM10 bilion nilai subsidi diesel diseleweng pada 2022 - PM Anwar

4: 29 PM: Kerajaan hilang RM72 juta hanya disebabkan proses kutipan duti import yang lemah - PM Anwar

4: 27 PM: Laporan Ketua Audit Negara 2020, 2021 dedahkan wujud ketirisan hampir RM3 bilion meliputi kehilangan wang awam, pembaziran, pembayaran tidak teratur - PM Anwar

4: 25 PM: Dividen 5.1% untuk ahli yang mempunyai simpanan ASB yang kurang daripada RM30,000. Manfaatkan 87% ahli ASB. - PM Anwar

4: 24 PM: Dalam usaha untuk menegakkan keadilan sosial, hasil perlulah diagihkan secara adil mengikut keperluan. - PM Anwar

4:23 PM: Defisit fiskal 5% 2023 berbanding 5.6% 2022. - PM Anwar

4:21 PM: Indeks Persepsi Rasuah 2022 jatuh ke tangga 61 dibandingkan tangga 29 pada 1998, asbab kemerosotan kerana gagal bendung rasuah politik.  - PM Anwar

4:20 PM: Belanjawan 2023 memperuntukkan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan.  - PM Anwar

4.15 PM: 5.8% Kadar inflasi makanan di Malaysia bagi tahun 2022.  - PM Anwar

4. 13 PM: 2.9% Pertumbuhan ekonomi dunia perlahan bagi tahun ini berbanding tahun lepas (3.4%).  - PM Anwar

4.12 PM: Rasuah sistemik menjatuhkan negara ke tangga-61 Indeks Persepsi Rasuah 2022 (1998: tangga ke-29).  - PM Anwar

4.10 PM: Kerajaan mewarisi hutang dan liabiliti RM1.5 trillion, atau 81% KDNK.  - PM Anwar

4.06 PM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula pembentangan #Belanjawan2023.

3.49 PM: Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berjalan beriringan masuk ke Dewan Rakyat bagi #Belanjawan2023.

3.16 PM : Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Kementerian Kewangan menuju ke Parlimen untuk pembentangan #Belanjawan2023.

3.00 PM : Siaran masih belum lagi berlangsung.... Boleh baca dulu blog dalam ni tau sementara menunggu tu