Kadar cukai pendapatan M40 dikurangkan 2%. Cukai lebih tinggi kepada T20!
# Trending Semasa

Kadar cukai pendapatan M40 dikurangkan 2%. Cukai lebih tinggi kepada T20!

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Jan 22, 2025
pada 4:14 PM

Kadar cukai pendapatan M40 dikurangkan 2%. Cukai lebih tinggi kepada T20!

M40: cukai turun 2%

T20: cukai naik 0.5%~2%

“ Higher tax for the rich, and tax lowered for the M40 group “

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak dua peratus untuk kumpulan berpendapatan sederhana (M40). Tujuan pengurangan cukai ini adalah untuk membantu golongan M40 yang terjejas dengan kenaikan kos sara hidup serta meningkatkan pendapatan boleh guna mereka.

 

Beliau menyatakan bahawa selama ini, golongan B40 sering menerima bantuan sementara kumpulan pertengahan, iaitu M40, tidak begitu mendapat perhatian meskipun terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang mencengkam. Oleh itu, kerajaan telah bersetuju untuk menambah pendapatan boleh guna M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu. Kadar cukai pendapatan individu bagi penduduk tetap akan dikurangkan sebanyak dua peratus, yang melibatkan kisaran pendapatan antara RM35,000 hingga RM100,000 bermula pada tahun 2023.

Pengurangan cukai ini dijangka memberikan manfaat kepada kira-kira 2.4 juta pembayar cukai M40 dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300. Pengurangan ini adalah sebahagian daripada Belanjawan 2023 yang diperkenalkan di Dewan Rakyat pada hari ini, di bawah pimpinan kerajaan perpaduan Perdana Menteri terkini dengan tema Membangun Malaysia Madani.

Di bawah Belanjawan 2023 yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu pada 7 Oktober 2022, kadar cukai pendapatan bagi kumpulan pendapatan bercukai antara RM50,001 hingga RM100,000 dikurangkan sebanyak dua peratus untuk tahun taksiran 2023. Kadar cukai pendapatan bagi RM50,001-RM70,000 dikurangkan dari 13 peratus kepada 11 peratus, manakala bagi RM70,001 hingga RM100,000 dikurangkan dari 21 peratus kepada 19 peratus.

Di bawah pentadbiran bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, cukai bagi mereka yang berpendapatan antara RM250,001 hingga RM400,000 dinaikkan daripada 24.5 peratus kepada 25 peratus.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kerajaan akan mengambil pendekatan yang progresif dalam hal cukai pendapatan. Sementara M40 mendapat manfaat daripada pengurangan kadar cukai, kerajaan akan menaikkan kadar cukai sebanyak 0.5 peratus untuk golongan berpendapatan tinggi (T20) yang dicadangkan dalam belanjawan sebelum ini. Kenaikan cukai ini termasuk ahli Parlimen dan melibatkan kisaran pendapatan lebih daripada RM100,000 hingga RM1 juta.

Namun, kurang daripada 150,000 pembayar cukai akan dikenakan cukai yang lebih tinggi. Dengan pendekatan ini, kerajaan mengurangkan hasil cukai bersih sebanyak RM900 juta