JANGAN Bagi Boss Buli Time Raya! Ini Syarat-Syarat Waktu Bekerja Mengikut Akta Kerja 1955 Majikan WAJIB Patuh!
# Pengetahuan Pekerja

JANGAN Bagi Boss Buli Time Raya! Ini Syarat-Syarat Waktu Bekerja Mengikut Akta Kerja 1955 Majikan WAJIB Patuh!

post by MJ

by MJ

Apr 11, 2023
pada 11:36 AM

Musim raya ni lah banyak kita dengar kena paksa kerja tapi tak ada pampasan, boss tak approve cuti lah, kena kerja seharian sorang - sorang sebab tak ada orang nak ganti, dan sebagainya. Sebab ni lah kita kena cakna tentang hak - hak kita sebagai pekerja! Baru lah tahu apa nak buat kalau kita dianiaya, bukan main ikut je walaupun kena buli. 

Sebenarnya boleh ke majikan main suruh je? Mengikut Akta Kerja 1955:

Cuti Umum

Setiap syarikat akan diberikan 11 hari cuti berbayar sahaja setiap tahun. Untuk pengetahuan, majikan TIDAK DIWAJIBKAN untuk memberikan setiap cuti umum kepada pekerja, KECUALI :

  1. Hari Kebangsaan
  2. Hari Keputeraan YDP Agong
  3. Hari Keputeraan Raja-Raja/YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan
  4. Hari Pekerja
  5. Hari Malaysia

*Jadi, cuti raya sebenarnya BUKAN lah satu cuti yang WAJIB untuk diberikan majikan dan mereka boleh mengarahkan pekerja berkerja pada SEMUA hari kelepasan am berdasarkan Seksyen 60D (3) (a) TETAPI hendaklah membayar upah sebagaimana yang ditetapkan:

(i) Dua hari upah pada kadar biasa (untuk pekerja yang diambil bekerja secara bulanan, mingguan, harian dan jam atau lain-lain kadar bayaran yang serupa dibayar); atau

(ii) Dua kali ganda kadar biasa bagi satu kerja (untuk pekerja yang diambil bekerja atas kadar ikut kerja)

ATAU

Mengikut persetujuan dan perjanjian antara majikan dan pekerja, pekerja berhak mendapat cuti ganti pada hari lain sebagai cuti Umum berbayar.

Syarat - Syarat Waktu Kerja mengikut Akta Kerja 1955

Di bawah Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955, secara asasnya pekerja tidak boleh diarahkan bekerja:

  • Lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa rehat yang tidak kurang daripada 30 minit
  • Lebih dari 8 jam sehari
  • Lebih tempoh masa (in spread-over period) 10 jam sehari
  • Lebih 45 jam seminggu

Walau macam mana sekali pun, kita bukanlah hamba abdi mahupun robot. Kita pun ada perasaan penat lelah dan mahu meluangkan masa bersama keluarga di hari - hari yang bermakna. Jadi, pastikan korang tahu semua hak asasi pekerja dan jangan biarkan diri ditindas. Jangan ambil mudah, korang boleh buat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja atau kesatuan sekerja yang bertanggungjawab.

Kalau dah tak nak lagi kerja dekat tempat kerja yang teruk, jemput join group Telegram ni [klik sini], setiap hari min bagi kerja kosong untuk semua bidang, semua negeri, semua position

Tak cukup lagi, ini group untuk kerja kosong F&B sahaja! [klik sini]

Nak cari internship untuk anak pun boleh! Semua dekat sini [klik sini]