Dihina dan Diremeh Kerana Bekerja Retail Di Kedai Baju Jer! Wanita Kongsikan Realiti Sebenar Kerja Retail !
# Trending Semasa

Dihina dan Diremeh Kerana Bekerja Retail Di Kedai Baju Jer! Wanita Kongsikan Realiti Sebenar Kerja Retail !

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Apr 11, 2023
pada 9:01 AM

Dihina dan Diremeh Kerana Bekerja Retail Di Kedai Baju Jer! Wanita Kongsikan Berapa Realiti Sebenar Kerja Retail !

 

Banyak orang meremehkan pekerjaan dalam sektor peruncitan ataupun retail, khususnya bagi wanita yang hanya bekerja sebagai cashier atau pembantu kedai. Meskipun sebenarnya, pekerjaan ini memerlukan kesabaran dan kepakaran khusus dalam melayani pelanggan yang bermacam-macam ragam dan kerenah.

Melalui sebuah luahan yang dikongsikan di Twitter, seorang wanita bernama Sofea kongsikan realiti sebenar bekerja dalam sektor retail yang sering diperlekehkan. Sofea yang bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah pusat jualan pakaian kongsikan beliau kerap menghadapi beberapa insiden di mana pelanggan memandang rendah pada pekerjaannya.

“Bulan ni je dah 5 orang customer perlekeh. Dorang tanya kerja part time ke, tunggu result Uni ke. Aku cakap jelah full time saya dah lama habis U, dah tua dah Pastu mostly akan cakap “masuk U last last kerja macam ni ” kata Sofea.

Sofea kemudian menjelaskan bahwa dia bekerja sepenuh waktu dan telah menyelesaikan pendidikan beliau di tahap universiti. Dia merasakan seperti dihina dan terluka dengan pelanggan yang kerap merendahkan pekerjaannya dan menganggap bahwa bekerja di sektor retail adalah pilihan yang salah.

“Pening lah society kita ni. Orang buat kerja halal tak kacau hidup dia pun dia perlekeh pastu downgrade Dah kalau semua orang nak jadi doctor, siapa nak layan kau yang masuk kedai tak reti guna mata carik barang sendiri ni Pastu orang buat kerja haram kau judge jugak”

 

“ Kalau semua orang taknak kerja retail sebab rasa hina.Kau shopping lah baju raya dengan hantu. Dahlah mostly yg mulut macam sial ni. Kalau suruh guna counter self service pun terkial kial. Ada hati nya lah nak judge kerja orang  “

 

Beliau turut kongsikan beliau boleh menjana pendapatan tinggi hanya dengan bekerja dalam bidang retail.

“ Ada lagi story tak sure korang pernah kena ke tak. Aku pernah ganti cashier sebab cashier off day. Pastu ada this amoi offer aku kerja kat company dia. Dia cakap nak kerja bagus sikit tak jadi admin Aku cakap la basic berapa. Dia cakap 1.5k kerja senang je kat office. “

“ Aku cakap takpelah. Dia paksa paksa ye. Dia suruh aku bg phone number. Aku taknak sebab aku tau aku takkan apply kerja tu. Dia paksa paksa pastu aku bagi jelah. Tapi aku cakap la buat apa aku nak tukar kerja kalau gaji aku skrg lagi tinggi. Dia cakap yeke?”

Sofea juga menegaskan bahawa setiap sektor dalam industri memiliki kelebihan tersendiri termasuk sektor peruncitan. Dia berharap agar masyarakat tidak merendahkan pekerjaan dalam sektor ini dan menghargai semua pekerjaan yang dilakukan oleh orang lain.

Antara komen netizen yang menarik adalah seperti berikut :