Pelajar ni buktikan walaupun menjadi seorang ‘content creator’ dia boleh bahagi masa dan dapat pointer tinggi!!
# Trending Semasa # Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Pelajar ni buktikan walaupun menjadi seorang ‘content creator’ dia boleh bahagi masa dan dapat pointer tinggi!!

post by Muni

by Muni

May 3, 2023
pada 9:29 PM

Pelajar ni buktikan walaupun menjadi seorang ‘content creator’ dia boleh bahagi masa dan dapat pointer tinggi!!

 

Bagi sesetengah individu, kehidupan sebagai mahasiswa perlu dinikmati dengan sebaik-baiknya walaupun perlu menempuh pelbagai cabaran yang berliku. Pelajar ni buktikan walaupun menjadi seorang ‘content creator’ dia boleh bahagi masa dan dapat pointer tinggi. Artikel ini di petik dari mStar.

 

Maklumlah, usia muda dan masa emas bersama sahabat handai tidak akan berulang lebih-lebih lagi jika sudah tamat belajar dan masing-masing mempunyai kerjaya. Begitu juga dengan Nur Fatien Hananie Kamaruddin, pelajar semester tiga jurusan Komunikasi Media di Universiti Malaysia Perlis (uniMAP).Sering berkongsi kisah kehidupan harian sebagai pelajar universiti dalam video pendek di TikTok, baginya setiap detik perlu dimanfaatkan sebaik mungkin supaya kenangan terindah dapat tercipta.

Dia yang mula aktif memuat naik kandungan di aplikasi tersebut sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menjadikan platform tersebut sebagai ruang untuk mengetengahkan bakat tarian. “Saya mula aktif masa PKP… ketika itu saya berada di Tingkatan 6. Kandungan pun sekadar tarian ringkas di kelas sebab saya suka menari dan terlibat dalam dunia seni sejak tadika lagi. Namun tidak disangka, salah satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok menjadi viral sehingga membuatkan pengikut menjadi ramai,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

 

Bersyukur dengan perkara tersebut, dia yang kini berusia 22 tahun mengakui bahawa platform media sosial banyak membantunya sepanjang melanjutkan pengajian. “Sejajar dengan jurusan yang diambil, saya perlu banyak menggunakan media sosial juga.” “Jadi, sedikit sebanyak ia memberi kebaikan dan manfaat kepada saya, terutamanya apabila mempunyai pengikut yang ramai,” katanya yang mempunyai lebih daripada 13,000 pengikut di TikTok.

 

Menurut anak sulung daripada empat beradik ini, minat yang mendalam terhadap tarian juga mendorongnya menyertai beberapa aktiviti kelolaan universiti. Malah katanya, pencapaian terbaik yang berjaya diperoleh adalah menjadi salah seorang penari yang membuat persembahan pada acara gilang gemilang universiti iaitu konvokesyen.

Selain itu, dia turut menyertai festival kebudayaan dan Kelab Citra maya yang diperkenalkan di uniMAP. Tidak terhad dalam bidang seni tari, gadis tinggi lampai ini gemar menyertai program sukarelawan sekali gus melengkapkan dirinya sebagai mahasiswa. "Malah dia turut menjadikan TikTok sebagai medan untuk mempromosikan aktiviti yang dilakukan seperti penyertaannya dalam program di Pulau Tuba, Indonesia," tambahnya.

 

Bagaimanapun, dia yang bercita-cita ingin menjadi pembaca berita mengakui bahawa dirinya bukanlah penghasil kandungan (content creator) kerana masanya terhad dengan jadual kuliah serta tugasan di samping pelbagai aktiviti universiti yang padat.

 

Kalau korang masih dalam dilemma nak cari kerja, jom drop resume korang

boleh drop kat sini dan biar AI tolong korang carikan kerja