Majikan Boleh Didenda Jika Tak Daftar PERKESO Untuk Pekerja
# Pengetahuan Pekerja

Majikan Boleh Didenda Jika Tak Daftar PERKESO Untuk Pekerja

post by MJ

by MJ

May 8, 2023
pada 3:13 PM

Seperti yang kita semua tahu, setiap bulan gaji kita kena “potong” untuk caruman SOCSO/PERKESO iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial. Kalau tak tahu lagi, PERKESO ni ialah sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab mengendalikan skim keselamatan sosial untuk pekerja di Malaysia. Jadi, duit yang kita sumbangkan setiap bulan tu dapatlah membantu kita dan keluarga kita sekiranya berlakunya kecelakaan bahkan kematian disebabkan kerja.

Setiap majikan WAJIB daftar pekerja mereka ke dalam program PERKESO, tak kira lah kerja kedai goreng pisang ke, carwash ke, kedai runcit ke, SEMUA perlu didaftar. Kita ni kerja lah apa pun gempak ke tak gempak, kita layak dilindungi. Jangankan kita, orang Bangladesh kerja dekat sini pun kena daftar tau! 

Banyak majikan yang mengambil kesempatan dan bagi alasan macam - macam sebab tak nak carum. Katanya kerja kampung, tak tahu kena bayar PERKESO. Ada juga yang kelentong cakap baru start kerja, jadi belum sempat nak daftar, sampai ke sudah tak daftar!


Sebenarnya, majikan kena daftar pekerja diorang dalam masa 30 hari dari tarikh mereka diambil bekerja. Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, majikan yang didapati gagal untuk mendaftar boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali!

Kesimpulannya, kita ni walau apa sekalipun janganlah sekadar terima gaji hujung bulan je. Check lah slip gaji tu, berapa kita sepatutnya dapat, apa dan kenapa yang kena potong, betul ke tidak amaunnya. Jangan tak tahu hak kita sebagai pekerja. Tahu - tahu dah diambil kesempatan sebenarnya, menyesal pun tak guna.

Untuk yang bercadang nak cari kerja, jemput join group Telegram kami , setiap hari min bagi kerja kosong untuk semua bidang, semua negeri, semua position!

Karnival Kerjaya - [klik sini]

Kerja Kosong F&B dan Retail - [klik sini]

Internship/Latihan Industri - [klik sini]