

by Ani
Pengakuan sayu daripada seorang pekerja lelaki yang bekerja sebagai pemungut sampah yang seringkali mengalami diskriminasi oleh masyarakat sekeliling. Kata lelaki tersebut, rata-rata masyarakat menganggap pekerjaan sebagai pengutip sampah adalah pekerjaan yang rendah dan menjijikan.
Lelaki ini juga berkongsi kisah disebalik pekerjaannya sebagai pemungut sampah.

"Mereka tutup hidung bila nampak kami" luahan lelaki tersebut.
Lelaki tersebut memberitahu penyebab bau busuk tu datang dari sampah orang tu sendiri tapi mereka yang bekerja sebagai pemungut sampah juga yang dipersalahkan. Katanya lagi, ada yang buang sampah menggunakan plastik nipis untuk mengisi nasi basi, isi perut ayam, dan ikan. Lepastu, bila kami nak ambil sampah tersebut, plastik nipis tersebut akan pecah sebab terlalu berat dan menyebarkan bau busuk ke sekeliling. Maka, mulalah orang pandang kami pemungut sampah ni menjijikan.
"Kadang-kadang, bila kami (pekerja pemungut sampah) bekerja di kawasan sendiri, jiran-jiran kami sendiri pun tak menyapa kami. Malah, adik-beradik kami sendiri pun melakukan perkara yang sama. Seolah-olah kami orang asing yang tak dikenali.” luahan lelaki tersebut.

Tambahannya lagi, bila orang luar melihat lori pemungut sampah datang, mereka terus membuang plastik sampah mereka ke tepi jalan dan terus lari.
Lelaki tersebut turut rasa takut untuk minum di mana-mana kedai bersama rakan sekerjanya selepas habis waktu bekerja kerana orang sering akan tutup hidung semasa kami berjalan menghampiri mereka.
Katanya lagi, “Jika kami memakai pakaian seragam kami, kami akan dianggap sebagai orang yang tidak berpendidikan. Sesetengah orang meminta kami duduk di luar untuk minum di kedai. Kami hanya mengikut sahaja. Kami terlalu penat dan memerlukan minuman untuk melegakan kepenatan kami bekerja”.
Tetapi jika lelaki tersebut pergi ke tempat yang sama dengan berpakaian seperti orang lain, elok pula orang menyapa dia. Kadang-kadang sampaikan dia terlupa yang dia tidak berpakaian seragam yang pemungut sampah selalu pakai tu.
Kesimpulannya, dalam masyarakat kita yang majmuk, kita seharusnya menghormati semua jenis pekerjaan. Pemungut sampah adalah pekerjaan yang sangat penting dalam menjaga kebersihan dan kesihatan masyarakat. Tanpa mereka, kawasan kita akan menjadi kotor dan penuh dengan wabak penyakit. Oleh itu, mari kita hargai dan hormati pekerjaan pengutip sampah, dan bersama-sama menjaga kebersihan dan kesihatan masyarakat.
Korang nak jimatkan masa cari kerja tanpa perlu mohon kerja satu per satu?
Apa kata korang drop je resume korang & biar AI auto tolong carikan kerja untuk korang 3x lebih cepat.
Jika nak AI tolong carikan kerja, klik di sini