Umur Baru 29 Tapi ada rumah sendiri, duit ASB ada 300k, Duit EPF ada 50k Tapi Lelaki Ni Masih Rasa Macam B40..
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Umur Baru 29 Tapi ada rumah sendiri, duit ASB ada 300k, Duit EPF ada 50k Tapi Lelaki Ni Masih Rasa Macam B40..

post by AzSyuk

by AzSyuk

May 7, 2023
pada 8:24 AM

Umur Baru 29 Tapi ada rumah sendiri, duit ASB ada 300k, Duit EPF ada 50k Tapi Lelaki Ni Masih Rasa Macam B40..



Disebabkan kos sara hidup yang kian hari makin meningkat, boleh dikatakan ramai orang semakin sulit untuk meneruskan kehidupan harian. Namun, berbeza pula dengan luahan seoarang lelaki ini dimana beliau merasakan diri beliau seperti b40.

Menurut sebuah posting Twitter yang dikongsikan oleh Nasriqul Afiq, lelaki berusia 29 tahun itu berkongsi dalam sesi soal jawab Instagram bahawa dia merasa seperti sebahagian daripada golongan B40 walaupun mempunyai simpanan yang agak tinggi pada umur beliau. Pengakuan ini telah menarik perhatian netizen dan memulakan debat hangat di Twitter.

 

 

 

 

Ramai pengguna Twitter merasakan sukar untuk merasa simpati atau kasihan terhadap lelaki tersebut, ramai netizen berpendapat bahawa kestabilan kewangan beliau membuatkan dia tidak memahami cabaran sebenar yang dihadapi oleh golongan B40. Namun, ada juga yang menyokong lelaki itu, kerana dia mungkin mengalami cabaran lain yang tidak berkaitan dengan masalah kewangan.