Tak Sangka Hobi Buat Cake Je Tapi Sekarang Dah Jadi Kerjaya, Sampai Tunggu Depan KEDAI
# Gaya Hidup # Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Tak Sangka Hobi Buat Cake Je Tapi Sekarang Dah Jadi Kerjaya, Sampai Tunggu Depan KEDAI

post by Muni

by Muni

May 7, 2023
pada 12:59 PM

Tak Sangka Hobi Buat Cake Je Tapi Sekarang Dah Jadi Kerjaya, Sampai Tunggu Depan KEDAI

 

BERMULA sekadar hobi dan mengisi masa lapang, siapa sangka membuat kek dan pastri kini menjadi kerjaya sepenuh masa kepada Emylya Othman, 47, yang diusahakannya sejak tahun 2009. Artikel asal dipetik dari relevan.com

Bukan itu sahaja, wanita kelahiran Pahang itu kini turut mempunyai studio untuk dijadikan tempat membuat kek dan mengajar sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang tersebut.

Membangunkan jenama Calla Lily & Co. Baking Studio sejak 13 tahun lalu, Emylya tidak menoleh ke belakang dengan menghasilkan pelbagai kek, skon, biskut dan aneka pencuci mulut lain yang berasaskan adunan tepung.

Ibu kepada empat orang cahaya mata itu tidak menyangka produk keluarannya mendapat sambutan yang sangat baik dan beliau juga mengekalkan ‘kesegaran’ dengan menghasilkan kek atau pastri itu sebaik sahaja ditempah.

Menurut Emylya, dia tidak menyangka hobi itu kini menjadi kerjaya tetap kerana pada awalnya sekadar ingin mencuba selepas berhenti kerja sebagai pengurus perhubungan awam demi memberi perhatian kepada keluarga.

“Walaupun dulu sibuk bekerja sebagai pengurus perhubungan awam, saya tidak pernah berhenti membuat kek dan pastri pada masa lapang. Malah, sejak usia 16 tahun lagi saya sudah membuat kek sendiri dengan bimbingan ibu yang juga pakar dalam pembuatan adunan tepung tersebut.

“Saya bermula dari rumah dan kini mampu memiliki studio sendiri untuk mengembangkan perniagaan ini,” katanya yang mempunyai pengalaman 10 tahun sebagai pengurus perhubungan awam.

Walaupun bergelar pengajar, anak sulung daripada lima beradik itu tidak jemu menimba ilmu daripada pakar pembuatan kek dan pastri termasuk berguru dengan cef dari Perancis untuk memperkemaskan lagi kemahiran serta mencuba kaedah-kaedah baharu.

Kepakarannya dalam pembuatan kek dan pastri membuatkan Emylya turut dijemput oleh pihak agensi kerajaan serta swasta untuk berkongsi ilmu.

Jelas pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor itu, Calla Lily & Co. Baking Studio menerima tempahan untuk kek kahwin, majlis hari jadi, hadiah atau bingkisan, sambutan hari raya, rumah terbuka dan sebagainya.

Antara aneka kek dan pastri yang mendapat sambutan sangat hangat ialah kek butterscotch, double coklat nutella serta scone.

“Skon keluaran kami boleh dikatakan ‘berhantu’ apabila mendapat tempahan daripada orang yang sama setiap minggu termasuk ibu mengandung yang sanggup menunggu di depan pagar untuk mendapatkan skon ini kerana mengidam.

Tempahan boleh dibuat secara atas talian melalui akaun Instagram, callalily.cobakingstudio atau melalui Facebook, calla lily & co. baking studio. Pelanggan juga boleh berkunjung terus ke studio yang terletak di Seri Pristana, Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.

 

Kalau korang masih dalam dilemma nak cari kerja, jom drop resume korang

boleh drop kat sini dan biar AI tolong korang carikan kerja