Kisah sayu pekerja technician kerja sampai 12 jam sehari tapi gaji RM1200 sahaja!
# MauLuah

Kisah sayu pekerja technician kerja sampai 12 jam sehari tapi gaji RM1200 sahaja!

post by Ani

by Ani

May 14, 2023
pada 9:33 PM

Kisah sayu pekerja technician kerja sampai 12 jam sehari tapi gaji RM1200 sahaja!

Baru-baru ni ada salah satu pengguna WhatsApp yang berkerja sebagai seorang technician di kawasan Kuala Lumpur ada luahkan perasaannya dekat admin Maukerja. Dia memberitahu mengenai cabaran kewangan yang dihadapinya. Katanya, sekarang gaji dia hanya RM1,200 dan gaji dia tu memang cukup-cukup makan sahaja. Dia menjelaskan kehidupannya yang sukar, di mana dia perlu memberikan kebanyakan daripada pendapatan bulanannya kepada ibu bapanya di kampung & tanggung adik-adiknya.

Dia sampaikan buntu tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan perlu bayar sewa rumah lagi dan lain-lain. Kerja pun sampai 12 jam sehari. Dia berasa letih dan terbeban, sehingga merasa tiada semangat untuk terus hidup. Baginya pendapatan yang diperoleh dengan susah payah selama ini hanya digunakan untuk keluarga dan komitmen peribadinya sahaja. Sampaikan nak beli pakaian baru pun tak mampu. Semua ini disebabkan dia memberikan kebanyakan daripada pendapatannya kepada keluarganya. 

Dia menegaskan bahawa, dia bukanlah seorang yang kedekut, tetapi dia juga ingin merasai kepuasan menggunakan wang hasil daripada titik peluhnya sendiri. Kini, dia sedang mempertimbangkan untuk mencari pekerjaan baru di luar Kuala Lumpur selagi mendapat pekerjaan yang baik dengan gaji yang memuaskan. 

Baginya, kalau boleh jika tempat kerja baru itu menyediakan asrama untuk dia tinggal, supaya dia tidak perlu risau dengan kos sewa bilik. Jika ada peluang pekerjaan sebagai technician, dia berharap dapat dipertimbangkan untuk bekerja di mana-mana syarikat. Lokasi pekerjaan bukanlah halangan baginya.

Kisah luahan ini membuka mata kita mengenai cabaran yang dihadapi oleh orang muda di zaman ini. Kewangan menjadi satu beban yang mempengaruhi kehidupan mereka, walaupun dengan pendapatan yang diperoleh dari pekerjaan. Ini memerlukan perhatian dan kesedaran masyarakat untuk memastikan bahawa sumber daya yang mencukupi disediakan bagi individu yang menghadapi kesukaran seperti ini.

Kalau korang pun turun alami situasi yang sama macam luahan individu ini, admin nak kongsi dengan korang peluang pekerjaan sebagai Theme Park Technician di Genting Highland yang bagi admin sangat berbaloi untuk korang mohon sebab banyak benefit yang disediakan seperti hostel percuma, medical benefit, latihan pun disediakan jadi korang akan dibimbing. Selain tu, kerja pun 8 jam je & yang pasti ada EPF, Socso & EIS.