Boss Buat Naya sampai Terpaksa Berhenti, Ini Tanda - Tanda "Quiet Firing"!
# Pengetahuan Pekerja

Boss Buat Naya sampai Terpaksa Berhenti, Ini Tanda - Tanda "Quiet Firing"!

post by MJ

by MJ

May 15, 2023
pada 2:23 PM

Kita selalu dengar “quiet quitting” tapi sebenarnya ada juga trend lawan dia iaitu “quiet firing” atau boleh juga difahami sebagai pemecatan secara senyap. Kalau pekerja boleh buat, majikan pun boleh juga katanya. Sebenarnya cara ni lebih halus sampai kita tak perasan pun perkara ini sedang berlaku sebab mereka ini modus operandinya sibuk nak buat kita rasa kita yang salah. Akhirnya kita juga terpaksa berhenti kerja.

Boleh jadi pihak pengurusan sebenarnya nak buang pekerja mereka dari syarikat tapi mereka tak nak bayar pampasan. Ada juga yang mengira ianya ialah jalan yang lebih mudah untuk buang pekerja berbanding berdepan dengan pekerja tersebut. Jadi, syarikat mereka tak rugi dan paling penting, tak nampak jahat.

Ini cara korang nak kenal pasti kalau syarikat tu sebenarnya tengah “quiet firing”

1) Tak ada kerja



Makin lama kerja korang makin sikit, itu pun kerja - kerja biasa atau simple macam intern pun boleh buat! Hati - hati, mereka mungkin sebenarnya sedang mengalihkan tugas korang kepada orang lain dan biar je korang buat kerja yang tak penting dan seminimal yang mungkin.

2. Tiada feedback atau tunjuk ajar

 

 

Tak ada growth! Semua kerja dibiar je tanpa sebarang maklum balas atau komen. Bagus ke tak bagus ke tak apa. Nak belajar lebih pun tiada siapa yang sudi beri pertolongan. Kita seolah - olah biawak hidup je dalam company tu.

3. Terlalu banyak kerja

 


Company sengaja bagi kerja yang terlampau banyak sampai tak logik dek akal macam mana nak siapkan semua benda kalau korang sorang je yang handle. Ini memang taktik mereka supaya korang dah tak tahan dah.

4. Semua benda salah

 


Bila dah bagi kerja yang tak masuk akal, mula lah nak bising kenapa result tak bagus, kerja tak berkualiti lah dan sebagainya. Akhirnya korang akan rasa semua benda memang salah korang dan korang betul - betul tak bagus dan bermasalah.

5. Disisihkan/palau


​Hidup segan mati tak mahu. Korang tidak lagi diajak ke meeting - meeting yang penting atau sesi perbincangan untuk sesebuah projek. Jangan gembira sangat sebab tak perlu pening kepala, sebaliknya fikir adakah korang liabiliti/beban ataupun asset?

Jadi, hati - hati ya korang. Check balik prestasi kita sekarang, bagus atau tidak. Kalau memang tak ada masalah mungkin company korang tu yang bermasalah dan sengaja nak buang orang secara halus. Janganlah kita dianiaya tanpa sedar sampai asyik salahkan diri sendiri.

Kalau dah tak serasi lagi dan ada yang bercadang nak cari kerja baru, jemput join group Telegram kami, setiap hari min bagi kerja kosong untuk semua bidang, semua negeri, semua position!

Karnival Kerjaya - [klik sini]

Kerja Kosong F&B dan Retail - [klik sini]

Internship/Latihan Industri - [klik sini]