Kisah Sedih Seorang Pekerja HR Dianiaya Di Syarikat
# MauLuah

Kisah Sedih Seorang Pekerja HR Dianiaya Di Syarikat

post by Ani

by Ani

May 16, 2023
pada 8:57 PM

Kisah Sedih Seorang Pekerja HR Dianiaya Di Syarikat

Pada suatu hari, seorang pekerja HR ada luahkan perasaan pada admin melalui WhatsApp. Pekerja HR itu memberitahu bahawa ada seorang staf di tempat kerjanya baru-baru ini telah berhenti, dan tidak pulangkan laptop hak milik syarikat.

Katanya, di tempat syarikat dia bekerja sekarang ada berikan manfaat barangan elektronik seperti laptop, telefon dan sebagainya untuk memudahkan urusan pekerjaan tapi malangnya, staf yang baru berhenti tu diduga tidak memulangkan laptop tersebut dan mendengar khabar angin bahawa staf tersebut telah menjual laptop milik syarikat dia bekerja. Dia terkejut selepas mendengar khabar angin tersebut. 

Dia siap memberitahu admin bahawa masa dia tahu sahaja hal tersebut, dia terus memeriksa inventori milik syarikat dan didapati memang sah staf yang baru berhenti tu tidak pulangkan laptop tersebut. Jadi, dia menduga bahawa mungkin betul khabar angin dari staf-staf lain. Masa tu, dia sudah merasa risau sebab dia tahu segala beban akan jatuh kepada dia sebab bekerja sebagai HR. 

Lepas dapati hal tersebut terjadi, dia terus memberitahu bos mengenai hal ini dengan harapan bosnya dapat membantu menyelesaikan masalah ini.Namun, semua yang dilakukannya adalah sia-sia karena bosnya macam lepas tangan dan memaksa dia untuk mencari sampai dapat staf yang baru berhenti tersebut untuk dapatkan laptop itu kembali. Bosnya bahkan ugut akan kurangkan gaji dia sebagai ganti rugi untuk membeli laptop baru.

“Awak la ganti, awak kan HR” - kata bosnya.

Dia dah buntu dan risau sebab gaji sekarang pun cukup-cukup untuk bayar komitmen dan sebagainya. Tiba-tiba kena ganti beli laptop pula. Dia luahkan rasa kecewa dan dianiaya kenapa sanggup staf lama buat macam ini dan kenapa bosnya juga sanggup nak tolak gaji dia. Dalam kekecewaan dan kesedihannya, dia berasa terpukul oleh sikap bosnya sendiri. Seharusnya bosnya melindungi kepentingan para pekerja dan mencari solusi yang adil dalam hal ini. 

Kesimpulannya, janganlah kita saling membebankan satu sama lain. Bekerja sebagai HR bukan bermaksud semua kesalahan diatas tanggungjawab mereka. Selain itu, keadilan juga harus diterapkan di syarikat supaya pekerja yang tidak bersalah tidak dikenakan hukuman disebabkan atas kesalahan orang lain.

 

Btw,tinggal 3 hari lagi sebelum Hari HR Antarabangsa!

Tag rakan HR korang sekarang sebab kami ada nak bagi kejutan untuk mereka pada 20hb Mei ini!

Jangan lupa Like & Follow @Maukerja untuk tidak terlepas kejutan menarik ini!✌