Anak Gaji RM1500 Didesak Beli Kereta Honda Oleh Mak Ayah - Kata Mereka Ia Lambang Kejayaan
# Gaya Hidup # MauLuah

Anak Gaji RM1500 Didesak Beli Kereta Honda Oleh Mak Ayah - Kata Mereka Ia Lambang Kejayaan

post by Ani

by Ani

Jan 22, 2025
pada 4:14 PM

Anak Gaji RM1500 Didesak Beli Kereta Honda Oleh Mak Ayah - Kata Mereka Ia Lambang Kejayaan

Sikap ibu bapa yang gemar membandingkan anak sendiri dengan orang lain bukan satu perkara baharu. Perbandingan ini akan berlaku sama ada dalam kalangan adik beradik sendiri, saudara mara, jiran atau kenalan, biasanya dari segi pekerjaan dan status kewangan. Lazimnya ibu bapa seperti ini dilihat lebih cenderung melihat apa yang mereka tidak miliki. Secara tidak langsung, sikap mereka akan mengguris hati anak-anak yang masih 'bergelut' dalam kehidupan serba mencabar sekali gus membuatkan mereka tertekan. Begitulah luahan seorang anak di Twitter tanpa mendedahkan identitinya yang mengaku runsing mengenangkan permintaan ibu bapa yang tidak mampu ditunaikan buat masa ini dengan gaji RM1500 sebulan.

Jelasnya, pendapatan bulanannya adalah rendah dengan gaji RM1,500 sebulan dan tidak mampu untuk memenuhi kehendak orang tuanya yang mahu dia memiliki sebuah kereta import. "Ibu bapa saya selalu mendesak untuk saya beli Honda. "Kereta idaman katanya. Tapi saya tahu tak mampu," katanya yang mengakui sedih mengenangkan apa yang berlaku.

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa dia mempunyai tanggungan lain yang perlu difikirkan. Dia dan adik beradik yang lain juga perlu menghulurkan wang untuk ibu bapa mereka yang sudah tidak mempunyai pendapatan. Disebabkan sikap orang tuanya yang tidak memahami situasinya, dia terpaksa meluahkan isi hati dengan harapan mendapat satu jalan keluar daripada masalah ini.

"Ibu seorang suri rumah, ayah sudah tak bekerja sejak sakit. Setiap bulan kami adik beradik akan bagi duit dekat parents kami sebab mereka memang tak ada income. "Saya jadi sedih sebab mereka selalu bercakap pasal anak orang lain yang berjaya. Sampai satu hari, saya cakap, boleh tak kalau kita hidup sederhana dan apa adanya. "Ringkasnya, saya sebagai anak, berharap ibu bapa dekat luar sana, daripada cakap bila nak pakai Honda? Bila nak kerja lain boleh beli Honda? mungkin lagi baik jika cakap ibu doakan awak kerja bagus-bagus dapat beli Honda," ujarnya.

Dia juga meminta maaf seandainya ada yang tidak sependapat dengan dirinya dan jika dia terlebih emosi dalam membuat luahan. Ramai warganet tampil memberikan pendapat juga berkongsi kisah mereka yang hampir sama. 

"Saya belajar untuk tidak dengarkan kata-kata ibu bapa membuta tuli. Terutama dari segi wang ringgit dan kerjaya lagi-lagi kalau perjalanan awak berbeza dengan dia, "Fasal perbelanjaan ni jangan dengar cakap orang lain. 'Dengar' pada dompet sendiri.

Tidak dapat dinafikan seorang anak perlu membahagiakan ibu bapa masing-masing tetapi dalam masa sama ibu bapa juga perlu lebih peka dengan kemampuan anak terutama golongan yang baru mahu membina kehidupan.

Kesimpulannya, dalam era ini, di mana kehidupan serba sibuk dan penuh dengan tekanan, penting bagi ibu bapa untuk memahami dan menghargai keadaan anak-anak mereka. Setiap individu mempunyai perjalanan hidup yang unik, dengan cabaran dan keterbatasan masing-masing. Oleh itu, perbandingan dengan orang lain tidak hanya tidak adil, tetapi juga boleh menyebabkan kesedihan dan tekanan emosi pada anak-anak.
 

Btw, zaman sekarang korang dah tak perlu email satu persatu syarikat dah kalau korang nak mohon kerja. Korang boleh drop je resume dekat profil syarikat yang korang nak mohon tu. Korang hanya perlu taip nama syarikat yang korang nak kerja & drop resume di profil syarikat tersebut. Drop resume di sini.