Hati-Hati! Kisah Modus Operandi Scammer Menyamar Jadi HR Untuk Recruit Pekerja Part Time!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Hati-Hati! Kisah Modus Operandi Scammer Menyamar Jadi HR Untuk Recruit Pekerja Part Time!

post by Ani

by Ani

Jun 12, 2023
pada 2:39 PM

Hati-Hati! Kisah Modus Operandi Scammer Menyamar Jadi HR Untuk Recruit Pekerja Part Time!

Penipuan dalam talian berkaitan kerja kerap berlaku pada zaman sekarang, terutamanya di Malaysia. Jika anda sedang mencari pekerjaan separuh masa, berhati-hatilah terhadap penipuan dan modus operandi scammer dan pastikan anda lakukan penyelidikan yang mencukupi sebelum menerima pekerjaan tersebut.

Ada satu kisah dari seorang individu yang menerima penipuan kerja daripada seseorang scammer yang berpura-pura menjadi HR dari syarikat yang terkemuka. Pada 7 Jun (Rabu), dia menerima mesej WhatsApp dari seseorang bernama ‘Aminah’, yang mendakwa dia adalah Ketua Pengambilan dari pasukan Sumber Manusia di Webqlo Digital.

"Syarikat saya sedang mencari pekerja separuh masa dalam talian. Kerja kami mudah dengan pendapatan harian sebanyak RM800+. Bolehkah saya hantar butiran pekerjaan kepada anda?" katanya di dalam WhatsApp sambil menambah bahawa kerja itu boleh dilakukan pada masa lapang dan ‘Aminah’ boleh menjelaskan skop kerja dengan lebih baik.

Dengan rasa ingin tahu, dia bersetuju untuk mengetahui tentang pekerjaan tersebut dari ‘Aminah’. "Kami pakar dalam Perkhidmatan Pemasaran Digital di Malaysia yang merangkumi Search Engine Optimization, Subscriptions, Search Engine Marketing, Social Media Marketing, dan Google Display Ads," katanya.

‘Aminah’ menambah bahawa pembayaran kerja harian adalah antara RM200 hingga RM600 dan skop kerja adalah untuk meningkatkan pendedahan kedai dan restoran di YouTube. Dengan skop kerja yang tidak jelas dan membingungkan sedemikian rupa, dia sudah meragui bahawa ini mungkin scammer yang ingin menipu. ‘Aminah’ terus bertanya sama ada individu itu berminat, dan dia menjawab, "Masih tidak faham dengan skop kerja ini" dan meminta ‘Aminah’ jelaskan lagi terperinci.

"Untuk ini, kami mengenakan bayaran kepada mereka untuk perkhidmatan yang kami berikan supaya kami dapat membayar mereka yang membantu kami membuat mereka lebih dikenali" balas ‘Aminah’.  Ini lagi la memperkuatkan kecurigaan dia ketika itu, kerana sebelum ini dia pernah membaca tentang modus operandi penipuan kerja dari scammer.

‘Aminah’ terus bertanya sama ada dia masih berminat atau tak. Dia terus menjawab, "Penipu?".

Pada ketika ini, ‘Aminah’ memberikan dia maklumat tentang syarikat "nya" Webqlo, termasuk alamat, nombor pendaftaran, dan laman web rasmi untuk menjadikan ia kelihatan sahih supaya dia percaya. Dia dengan cepat mencari di Google dan mengetahui bahawa ini adalah syarikat yang sah di Malaysia.

Tetapi bila dia melakukan penyelidikan lebih lanjut, dia mendapati akaun Instagram rasmi syarikat Webqlo ada buat posting yang memberi amaran kepada orang ramai tentang scammer yang menyamar sebagai team mereka dan merekrut pekerja separuh masa.

"Penipu sedang berleluasa. Di WEBQLO, kami tidak terlibat dalam pekerjaan pelik separuh masa tanpa sebarang dokumen rasmi dan temujanji. Berhati-hatilah apabila anda mencari pekerjaan."

Dia terus menghantar mesej kepada Instagram Webqlo dengan tangkapan skrin perbualan dia dengan ‘Aminah’. Kemudian, pihak WEBQLO berkata: "Kami percaya ini adalah penipuan kerana kami tidak merekrut pekerja separuh masa dalam talian buat masa sekarang. Kami sangat menasihatkan anda agar tidak meneruskan perbualan dengan orang itu. Terima kasih".

Kesimpulannya, kita perlulah berwaspada supaya tidak tertipu dengan modus operandi dari pihak scammer yang berpura-pura sebagai HR dari syarikat Malaysia untuk mencari pekerja separuh masa. Pastikan membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum kena tipu dan sebagainya. 

Btw, zaman sekarang korang dah tak perlu email satu persatu syarikat dah kalau korang nak mohon kerja. Korang boleh drop je resume dekat profil syarikat yang korang nak mohon tu. Korang hanya perlu taip nama syarikat yang korang nak kerja & drop resume di profil syarikat tersebut. Drop resume di sini.