Cara Claim Duit Socso Yang Semua Pekerja WAJIB Tahu
# Pengetahuan Pekerja

Cara Claim Duit Socso Yang Semua Pekerja WAJIB Tahu

post by Ani

by Ani

Jun 20, 2023
pada 3:59 PM

Cara Claim Duit Socso Yang Semua Pekerja WAJIB Tahu

PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) atau Socso merupakan organisasi di Malaysia yang bertujuan untuk melindungi dan memberikan perlindungan sosial kepada pekerja serta keluarga mereka dalam situasi kemalangan atau kehilangan nyawa pekerja. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara claim duit Socso (cara tuntutan PERKESO) yang semua pekerja wajib tahu.

Bagi pekerja yang mengalami kemalangan di tempat kerja atau mengalami kehilangan nyawa dalam menjalankan tugas pekerjaan, PERKESO mempunyai mekanisme tuntutan yang membolehkan mereka mendapatkan bantuan kewangan dan manfaat lain sebagai sokongan semasa menghadapi kesulitan tersebut.

Antara cara-cara/prosesnya ialah,

Lepas accident, korang perlu:

1) Buat report polis

2) Dapatkan rawatan dekat hospital/klinik, simpan resit untuk claim SOCSO & photostat sekali untuk reference HR

3) Sketch peta (by hand/guna google map) untuk tunjuk tempat accident, area kerja & etc

 

Dokumen yang korang kena pass dekat HR untuk completekan claim SOCSO:

1) Salinan IC

2) Bank statement. Sebab PERKESO nak verify korang punya nama, bank & no acc

3) Report polis yang korang dah buat

4) Claim resit rawatan, salinan asal

5) Isi borang 'Laporan Kemalangan'

Boleh dapatkan borang tu disini

Semoga maklumat ni dapat boleh membantu korang. Stay safe!


Btw, zaman sekarang korang dah tak perlu email satu persatu syarikat dah kalau korang nak mohon kerja. Korang boleh drop je resume dekat profil syarikat yang korang nak mohon tu…Korang hanya perlu taip nama syarikat yang korang nak kerja & drop resume di profil syarikat tersebut. Drop resume di sini.