4 Sebab Utama Kenapa Korang Asyik Kene ‘Reject’ Masa Apply Kerja
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

4 Sebab Utama Kenapa Korang Asyik Kene ‘Reject’ Masa Apply Kerja

post by Ani

by Ani

Jun 22, 2023
pada 11:01 AM

4 Sebab Utama Kenapa Korang Asyik Kene ‘Reject’ Masa Apply Kerja

Pernah terfikir tak kenapa anda ditolak oleh sesetengah syarikat semasa korang apply kerja?

Apabila bertanya kepada graduan baru, ramai yang merasa kurang bernasib baik tentang diri mereka apabila sering kena ‘reject’ masa apply kerja. Terdapat pelbagai sebab mengapa permohonan kerja mereka ditolak yang ramai tidak sedar.

Antara sebab-sebabnya ialah:

1- Permintaan Gaji Yang Tidak Realistik

Walaupun anda berjaya semasa temuduga, jika anda mempunyai permintaan gaji yang terlalu tinggi, kemungkinan besar anda tidak akan mendapat pekerjaan tersebut. Permintaan gaji yang anda nyatakan perlu seiring dengan kemahiran/pengalaman yang anda miliki.

2- Resume yang Tidak Mengikut Format

Format resume yang tidak betul juga boleh menjadi punca anda ditolak. Contohnya, kesalahan ejaan, format yang salah, atau membuat resume yang panjang sehingga 5 muka surat. Majikan tidak akan mahu melihat resume anda jika anda membuatnya secara tidak teliti.

3- Keserasian Kemahiran dengan Deskripsi Kerja

Ramai calon mencari pekerjaan yang mempunyai kemahiran, tetapi sayangnya, kemahiran mereka tidak bersesuaian dengan deskripsi kerja yang ditawarkan. Oleh itu, pastikan pekerjaan yang anda mohon adalah sejajar dengan kemahiran yang anda miliki.

4- Kekurangan "Cable"

"Cable" atau hubungan dan rangkaian merupakan perkara yang penting dalam mencari pekerjaan. Terdapat situasi di mana orang yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak dalam syarikat lebih mudah mendapatkan pekerjaan berbanding dengan individu yang tidak mempunyai hubungan tersebut.

Jadi, janganlah terlalu kecewa apabila ditolak semasa memohon kerja. Perhatikan sebab-sebab di atas dan ambil iktibar daripadanya. Teruskan usaha dan tingkatkan keupayaan anda untuk meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan yang anda impikan.

Semoga berjaya dalam perjalanan mencari pekerjaan anda!

Btw, zaman sekarang korang dah tak perlu email satu persatu syarikat dah kalau korang nak mohon kerja. Korang boleh drop je resume dekat profil syarikat yang korang nak mohon tu. Korang hanya perlu taip nama syarikat yang korang nak kerja & drop resume di profil syarikat tersebut. Drop resume di sini.