Do's & Don'ts Untuk Job Application Melalui Email 
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Do's & Don'ts Untuk Job Application Melalui Email 

post by Ani

by Ani

Jun 22, 2023
at 3:19 PM

Do's & Don'ts Untuk Job Application Melalui Email 

Menghantar permohonan kerja melalui email telah menjadi satu kaedah yang popular dalam mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun, terdapat adab dan etika tertentu yang perlu diikuti agar permohonan anda berkesan dan profesional. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa do's & don'ts job application melalui email yang perlu diambil kira.

Do's:

1) Address the recipient properly:
Pastikan anda menggunakan panggilan yang profesional, seperti 'Dear ______(nama pengurus perekrutan)'.

2) Letak subject line yang jelas & padat:
Contohnya, 'Permohonan Kerja: ______(jawatan yang dipohon) - ______(nama anda)'.

3) Start email dengan perkenalkan diri anda:
Ringkaskan maklumat diri anda dan ceritakan mengapa anda berminat dengan jawatan tersebut.

4) Sesuaikan email anda:
Hindari menghantar email secara umum. Lakukan penyelidikan terlebih dahulu tentang syarikat dan jawatan tersebut untuk memperibadikan email anda dan menunjukkan minat yang mendalam.

5) Lampirkan resume, surat permohonan, dan dokumen lain yang berkaitan:
Sertakan resume terkini, surat permohonan, dan dokumen lain yang relevan dengan permohonan anda.

6) Tunjukkan semangat dan keinginan untuk menyertai syarikat:
Sampaikan semangat anda untuk menyertai syarikat dan sumbangannya.

7) Berikan maklumat hubungan:
Berikan nombor telefon dan alamat email yang boleh dihubungi.

8) Guna nada profesional:
Pastikan nada bahasa anda sopan dan profesional. Elakkan menggunakan bahasa yang tidak formal dan jangan gunakan bahasa slang.

9) Periksa semula e-mel sebelum menghantarnya:
Pastikan tidak ada kesalahan ejaan atau tatabahasa sebelum menghantar e-mel permohonan anda.

Don'ts:

1) Guna e-mel yang tidak profesional:
Buatlah alamat e-mel yang profesional jika perlu.

2) Guna bahasa yang terlalu santai:
Guna nada bahasa yang formal dan hormat. Jangan menggunakan singkatan, bahasa slang, atau emoji.

3) Guna template e-mel yang sama untuk semua permohonan:
Sesuaikan setiap e-mel dengan jawatan yang anda mohon dan syarikat tersebut.

4) Masukkan maklumat peribadi yang tidak relevan:
Elakkan menyertakan maklumat peribadi seperti umur, status perkahwinan, atau profil media sosial, kecuali diminta oleh pihak berkenaan.

5) Menghantar e-mel yang terlalu panjang:
Hindari memberikan terlalu banyak maklumat yang tidak relevan. Pastikan e-mel ringkas dan padat.

6) Menghantar e-mel tanpa melampirkan dokumen:
Pastikan anda melampirkan resume dan surat permohonan yang relevan.

7) Menggunakan ayat yang terlalu menekan dan terburu-buru:
Elakkan daripada terlalu menunjukkan keghairahan anda sehingga ayat-ayat anda kelihatan terlalu memaksa. Berikan masa kepada majikan untuk menilai permohonan anda.

Dengan mengikuti panduan "do's" dan "don'ts" yang disebutkan di atas, anda dapat meningkatkan keberkesanan permohonan kerja melalui email anda. Pastikan anda sentiasa mengikut amalan terbaik dan menyesuaikan setiap permohonan dengan baik. Semoga berjaya dalam usaha anda mencari pekerjaan yang diidamkan!

Btw, zaman sekarang korang dah tak perlu email satu persatu syarikat dah kalau korang nak mohon kerja. Korang boleh drop je resume dekat profil syarikat yang korang nak mohon tu. Korang hanya perlu taip nama syarikat yang korang nak kerja & drop resume di profil syarikat tersebut. Drop resume di sini.