

by Ani
Pernah tak awak scroll media sosial, tiba-tiba nampak ramai share “STR dah masuk!”, “Wei cepat semak MySTR!”, atau “Apsal akaun aku kosong lagi?”. Dekat Malaysia, kita semua faham… bila masuk bab bantuan kewangan, especially Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memang ramai yang tunggu sebab ia sangat membantu at least kurangkan beban sebulan.
Kadang-kadang bila tengok kawan dah dapat, awak pulak? “Eh, aku punya tak keluar lagi ke?” Lepas tu mula panik, mula refresh bank app banyak kali, mula check group WhatsApp family, normal lah tu. Semua orang pernah lalui.
Sebab tu hari ni kita buat satu full guide yang straight to the point, lengkap, dan paling penting, jawab semua soalan yang orang selalu cari pasal Semakan STR.

STR 2026 masih mengekalkan beberapa cara semakan. Senang dan fleksibel ikut apa yang awak selesa. Awak boleh buat semakan status STR melalui beberapa cara seperti:
Kalau portal slow atau high traffic, hotline memang sangat membantu. Ramai pengguna STR share pengalaman yang staf hotline akan semak terus status permohonan awak.
Nak Cari Kerja Dekat Public Transport? Ini Senarai Pilihan Kekosongan Kerja Terbaik Dekat LRT/MRT!
Semakan STR melalui portal MySTR sangat mudah. Awak hanya perlu log masuk, masukkan MyKad, jawab soalan keselamatan, kemudian klik Semakan Status.
Kadang-kadang portal reject login bukan sebab salah, tapi:
Tip mudah:
“Permohonan Diterima” bermaksud permohonan awak telah dihantar dan masih boleh dikemas kini, manakala “Dalam Proses” bermaksud permohonan sedang melalui verifikasi dan tidak boleh dikemaskini lagi.
Bila status tukar dari “Diterima” ke “Dalam Proses”, maksudnya permohonan awak dah mula dinilai kelayakannya.
Status “Lulus” bermaksud permohonan awak memenuhi semua syarat dan layak menerima pembayaran STR mengikut fasa yang ditetapkan.
Selalunya pembayarannya dibuat ikut kategori:
“Tidak Lulus” bermaksud permohonan awak tak memenuhi syarat selepas semakan verifikasi dibuat.
Antara sebab biasa:
FAQ rasmi menyatakan awak perlu rujuk FAQ Permohonan STR 2026 untuk kenal pasti alasan Tidak Lulus dan sediakan dokumen untuk Rayuan.
Tarikh STR bergantung kepada pengumuman rasmi kerajaan untuk setiap tahun. Pembayaran biasanya dibuat secara berfasa sepanjang tahun, dan tarikh tepat biasanya diumumkan awal tahun atau semasa Belanjawan.
Ramai rakyat Malaysia yang struggle nak stabilkan kewangan walaupun ada bantuan STR. Lagi perit bila kerja sekarang gaji tak cukup. Tapi sebenarnya… awak tak perlu stuck lama-lama. Ada cara lebih cepat nak cari kerja baru yang betul-betul sesuai dengan skill dan pengalaman awak.
Dengan AI Job Matcher Maukerja, awak cuma drop resume → sistem terus cadangkan kerja paling match.
Jom drop resume sekarang dan biar sistem carikan kerja paling ngam dengan awak! Lagi cepat awak hantar, lagi cepat peluang interview masuk.
1. Apakah itu STR?
STR ialah Sumbangan Tunai Rahmah, bantuan kerajaan untuk bantu meringankan beban rakyat berpendapatan rendah. Pembayaran dibuat secara berfasa mengikut kategori penerima.
2. Bagaimana saya nak tahu permohonan STR saya Lulus atau Tidak Lulus?
Awak boleh semak melalui portal MySTR dalam bahagian “Semakan Status”. Keputusan akan dipaparkan bersama maklumat kelayakan dan jumlah pembayaran.
3. Apakah yang perlu saya buat jika permohonan STR Tidak Lulus?
Awak perlu rujuk alasan yang diberikan dalam FAQ Permohonan STR dan sediakan dokumen sokongan untuk membuat rayuan. Rayuan biasanya dibuka selepas keputusan diumumkan.
4. Bolehkah saya kemaskini permohonan jika status Dalam Proses?
Tidak boleh. Sistem tak benarkan kemaskini semasa proses verifikasi dijalankan. Awak kena tunggu keputusan akhir Lulus/Tidak Lulus.
5. Bagaimana jika akaun bank saya gagal dikreditkan untuk pembayaran STR?
Biasanya bayaran akan disalurkan secara tunai melalui BSN. Awak boleh semak semula maklumat pembayaran dalam portal MySTR untuk panduan lanjut.
Serius, banyak peluang kerja menarik tengah open sekarang ni! Kalau korang nak kerja cepat, grab je peluang ni.