Apa Beza KWSP Akaun 1 Dan Akaun 2? Ini Yang Ramai Tak Tahu
# Pengetahuan Pekerja

Apa Beza KWSP Akaun 1 Dan Akaun 2? Ini Yang Ramai Tak Tahu

post by Ani

by Ani

Aug 29, 2023
pada 4:58 PM

Apa Beza KWSP Akaun 1 Dan Akaun 2? Ini Yang Ramai Tak Tahu

KWSP 1 dan KWSP 2 merujuk kepada dua jenis akaun dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang juga dikenali sebagai Employees Provident Fund (EPF) di Malaysia. EPF adalah satu skim penyimpanan wajib bagi pekerja di Malaysia, yang diwujudkan untuk menyediakan persaraan dan perlindungan kewangan kepada pekerja selepas bersara.

KWSP 1: Akaun I

Apakah peranan sebenarnya Akaun 1?

Tujuan asal simpanan dalam Akaun 1 adalah untuk digunakan selepas persaraan atau dengan kata lain, ianya adalah persediaan untuk hari tua. Akaun ini juga berfungsi sebagai pelaburan, dan ia tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya sebelum mencapai usia 55 tahun. Akaun ini juga boleh ditetapkan dengan penamaan waris, jadi jika berlaku kematian atau kehilangan kemampuan, waris masih mempunyai akses untuk mengeluarkan simpanan. Sebahagian daripada duit dalam Akaun 1 ini boleh digunakan untuk pelaburan, dan untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi KWSP.

KWSP 2: Akaun II

Apakah fungsi sebenar Akaun 2?

Akaun 2 ini adalah untuk persediaan persaraan di masa depan. Walaupun pengeluaran daripada Akaun 2 dibenarkan, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi:

- Mencapai umur 50 tahun.

- Pembayaran pendahuluan untuk pembelian rumah pertama.

- Penyelesaian baki pinjaman perumahan - rumah pertama.

- Pembiayaan pendidikan peribadi.

- Menampung kos perubatan.

- Menunaikan haji.

Akaun I dan Akaun II membantu menyediakan jaminan kewangan untuk pekerja Malaysia dalam jangka panjang. Pekerja dan majikan secara berkala membuat sumbangan ke dalam akaun-akaun ini untuk memastikan keselamatan kewangan pekerja selepas bersara.

Yang mana masih menunggu panggilan interview atau tengah mencari peluang pekerjaan, boleh try mohon disini dengan hanya upload resume anda je. UPLOAD RESUME DISINI UNTUK MOHON KERJA.