Idea Potluck Pejabat, Dari Kuih Sampai Ke Lauk!
# Others

Idea Potluck Pejabat, Dari Kuih Sampai Ke Lauk!

post by Ani

by Ani

May 22, 2025
pada 11:21 AM

Idea Potluck Pejabat, Dari Kuih Sampai Ke Lauk!

Potluck di pejabat memang selalu jadi acara yang ditunggu-tunggu. Awak pun macam tu ke? Selain peluang untuk awak enjoy pelbagai jenis makanan, ia juga ruang untuk awak lebih rapat dengan rakan sekerja. Tapi, pernah tak awak rasa buntu tak tahu nak bawa apa untuk potluck pejabat? Jangan risau, artikel ini ada banyak idea potluck pejabat menarik, lengkap dari kuih hingga lauk!

Drop resume

Maksud Potluck

Apa sebenarnya maksud potluck? Potluck ialah acara di mana setiap orang bawa satu hidangan untuk dikongsi bersama. Konsep ini bukan sahaja menyeronokkan tapi juga membantu menjimatkan kos dan mencipta suasana mesra antara sesama kita. Dengan semangat berkongsi ini, potluck menjadi tradisi yang popular di banyak pejabat.

Tak tahu nak bawa apa? Berikut adalah beberapa idea makanan potluck yang sesuai untuk semua:

1. Idea Potluck Kuih Muih

Kuih Muih

  • Karipap (isi kentang atau sardin)
  • Kuih seri muka
  • Kuih kaswi
  • Kuih ketayap
  • Onde-onde

Baca Juga: Idea Hadiah Perpisahan Rakan Sekerja Dan Pantun Perpisahan

2. ​Idea Potluck Makanan Barat

Idea Potluck Makanan Barat

  • Lasagna
  • Spaghetti aglio olio (ringkas tapi sedap)
  • Mac & cheese
  • Chicken wings (BBQ, honey soy, atau spicy buffalo)
  • Garlic bread

3. ​Idea Potluck Snek Ringan

​Idea Potluck Snek Ringan

  • Popia goreng
  • Sandwich tuna atau telur
  • Salad buah dengan yogurt
  • Cucur udang atau cucur jagung
  • Nachos dengan sos keju

4. ​Idea Potluck Minuman

Idea Potluck Minuman

  • Teh tarik
  • Air sirap bandung
  • Lemonade
  • Jus oren
  • Kopi susu dalam termos (mudah dan ramai suka!)

Idea Potluck Pejabat

Majlis potluck pejabat biasanya melibatkan ramai orang dengan citarasa berbeza. Jadi, pilih hidangan yang mudah dikongsi. Ini dia beberapa idea potluck pejabat:

1. Hidangan Utama

  • Nasi lemak bungkus (ringkas dan mudah)
  • Nasi goreng kampung atau nasi goreng Cina
  • Ayam masak merah atau ayam masak kicap
  • Sambal sotong
  • Mi goreng atau bihun goreng

2. Lauk Pauk Berkongsi

  • Kari ayam atau daging
  • Ikan goreng berlada
  • Ayam percik
  • Telur masak lemak cili api
  • Sambal belacan dengan ulam-ulaman

3. Pencuci Mulut

  • Kek coklat moist
  • Cheesecake dalam cawan
  • Puding karamel
  • Bubur kacang hijau
  • Agar-agar pelangi

Untuk tambah variasi, awak boleh bincang lebih awal dengan rakan sekerja supaya setiap kategori makanan ada wakilnya.

Kalau awak jenis yang sibuk atau tak pandai masak, jangan risau. Berikut ialah menu potluck simple yang tetap menarik:

1. Kek atau Roti

  • Kek pisang (buat malam sebelumnya)
  • Roti jala dengan kuah kari
  • Kek marble (senang beli kalau tak sempat buat sendiri)

2. Snek Siap Beli

  • Donat
  • Pau kukus
  • Kerepek ubi atau pisang
  • Nugget ayam atau sosej goreng

3. Hidangan Satu Langkah

  • Nasi himpit dengan kuah kacang
  • Salad campuran
  • Pulut kuning dengan rendang ayam

Semua pilihan ini mudah disediakan, dan pasti akan habis cepat bila diletakkan di meja potluck.

Tips untuk Potluck Pejabat yang Berjaya

  1. Komunikasi Awal - Set tema atau senarai makanan supaya tiada menu yang sama.
  2. Sediakan Peralatan Tambahan - Pinggan, cawan, sudu, dan garfu selalu kurang jika tidak dirancang.
  3. Elak Makanan Mudah Rosak - Hidangan seperti kek atau makanan kering lebih sesuai untuk masa yang panjang.
  4. Labelkan Hidangan Awak - Penting jika makanan ada bahan alergen seperti kacang atau gluten.
  5. Bahagikan Tugasan - Pastikan ada yang uruskan pembersihan selepas acara selesai.

Nak Cari Kerja? Jom, Explore Kerja Kosong Di Portal Maukerja

Potluck di pejabat bukan sekadar acara makan-makan. Ia adalah cara terbaik untuk membina hubungan, berkongsi budaya makanan, dan berseronok bersama. Dengan semua idea potluck pejabat yang telah dikongsikan, awak pasti boleh sediakan sesuatu yang menarik dan sedap. Apa kata cuba salah satu menu potluck simple yang disarankan?

Kalau awak tengah mencari peluang kerja baru dalam suasana kerja yang menyeronokkan, jangan lupa klik disini untuk mohon kerja kosong. Banyak peluang menanti awak di sana!

Drop resume

Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:

Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi:

 


FAQ tentang Potluck Pejabat

1. Apa maksud potluck?

Potluck ialah acara makan-makan di mana setiap orang membawa hidangan untuk dikongsi bersama.

2. Apakah hidangan yang sesuai untuk potluck pejabat?

Hidangan seperti nasi lemak bungkus, kuih-muih tradisional, lasagna, atau ayam masak merah adalah pilihan yang selalu berjaya.

3. Bagaimana cara memastikan potluck berjaya?

Komunikasi awal, perancangan menu, dan menyediakan peralatan tambahan adalah kunci kejayaan potluck.

4. Apakah menu potluck yang mudah dan cepat disediakan?

Menu seperti nugget ayam, sandwich, roti jala, atau salad buah adalah pilihan terbaik untuk penyediaan mudah.

5. Kenapa potluck popular di pejabat?

Potluck popular kerana ia menjimatkan kos, menyeronokkan, dan menjadi peluang untuk mengeratkan hubungan antara rakan sekerja.