Cuti Umum Mei 2025: Bulan Paling Banyak Cuti? Semak Sini!
# Pengetahuan Pekerja

Cuti Umum Mei 2025: Bulan Paling Banyak Cuti? Semak Sini!

post by Ani

by Ani

Apr 29, 2025
pada 12:39 PM

Cuti Umum Mei 2025: Bulan Paling Banyak Cuti? Semak Sini!

Cuti Umum Mei 2025: Ini Senarai Tarikh yang Perlu Pekerja Ambil Tahu!

Mei 2025 nampaknya bakal menjadi bulan kegemaran ramai pekerja di Malaysia! Kenapa? Sebab bulan ini penuh dengan cuti umum yang boleh dimanfaatkan untuk bercuti panjang atau sekadar berehat dari kesibukan kerja.

Senarai Cuti Umum Mei 2025:

  • 1 Mei (Khamis) - Hari Pekerja 
  • 12 Mei (Isnin) - Hari Wesak 
  • 17 Mei (Sabtu) - Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis Sahaja)
  • 22 Mei (Khamis) - Hari Hol Pahang (Pahang Sahaja)
  • 30 Mei (Jumaat) - Pesta Kaamatan (Sabah & Labuan)
  • 31 Mei (Sabtu) - Pesta Kaamatan Hari Kedua (Sabah Sahaja)

Dengan cuti umum yang berturutan, pekerja boleh merancang ‘Cuti Panjang’ dengan mengambil cuti tahunan tambahan! Contohnya, jika anda bercuti pada 2 Mei (Jumaat), anda boleh dapat cuti selama 4 hari berturut-turut!

Cuti Umum Mei 2025

Cuti Umum Tapi Kena Kerja? Ini Hak Pekerja & Kadar Bayaran Overtime

Tak semua orang bernasib baik untuk menikmati cuti umum. Ada pekerja yang tetap perlu bertugas, terutama mereka dalam sektor perkhidmatan seperti hospital, pengangkutan awam, dan F&B.

Hak Pekerja Jika Bekerja pada Cuti Umum:

  1. Jika Kerja Lebih Masa (OT) – Anda layak mendapat kadar OT tiga kali ganda!
  2. Boleh Diberi ‘Replacement Leave’ – Jika syarikat tidak dapat membayar gaji tambahan, mereka boleh menawarkan cuti gantian (bergantung kepada kontrak kerja).

Jika majikan tidak membayar seperti yang sepatutnya, anda boleh membuat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Jangan biarkan hak anda dipermainkan!

Kadar OT

Baca Juga: Jangan Main Report Je! Hadam Dulu Beza Antara Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Dan Jabatan Pembuangan Perusahaan (JPP)

Majikan Tak Bagi Cuti Umum? Ketahui Hak Anda Sebagai Pekerja!

Bukan semua pekerja dapat menikmati cuti umum dengan mudah. Ada majikan yang mungkin tidak membenarkan pekerja bercuti atas alasan tertentu. Namun, tahukah anda bahawa pekerja berhak mendapatkan cuti umum mengikut undang-undang buruh Malaysia?

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Jika Majikan Tak Bagi Cuti:

  1. Semak Kontrak Kerja – Pastikan kontrak anda menyatakan bilangan cuti umum yang layak diterima.
  2. Bincang dengan HR atau Majikan – Kadangkala majikan ada sebab tertentu, jadi lebih baik berbincang dahulu.
  3. Laporkan ke JTK – Jika hak cuti anda tidak diberikan seperti yang sepatutnya, anda boleh membuat aduan rasmi.

Jangan biarkan hak anda dinafikan! Setiap pekerja mempunyai hak untuk menikmati cuti umum seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

Nak Cari Kerja Cepat? Jom, Drop Resume Di Maukerja!

Cuti umum Mei 2025 sememangnya membawa berita gembira kepada ramai pekerja. Tapi pada masa yang sama, pekerja perlu bijak memahami hak mereka, terutama jika bekerja pada hari cuti atau jika ada kelewatan gaji akibat cuti umum. Jika anda rasa nak mencari peluang kerja yang lebih baik, jangan biarkan diri anda terus bekerja dalam keadaan yang tidak memuaskan. Dapatkan pekerjaan yang lebih baik dan cepat di sini: Drop Resume Sekarang!

Drop resume

Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:

Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi:

 


FAQs Berkaitan Cuti Umum

1. Adakah semua negeri mendapat cuti umum yang sama pada Mei 2025?

Tidak. Sesetengah cuti umum hanya diberikan kepada negeri tertentu. Pastikan anda menyemak senarai cuti umum negeri anda.

2. Jika majikan tidak membayar gaji pada cuti umum, apa tindakan saya?

Anda boleh berbincang dengan HR atau membuat aduan rasmi ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

3. Bagaimana cara untuk merancang cuti panjang dengan cuti umum Mei 2025?

Anda boleh ambil cuti tahunan pada hari yang bersambung dengan cuti umum untuk menikmati cuti panjang.

4. Apa yang berlaku jika gaji saya masuk lewat akibat cuti umum?

Majikan harus memaklumkan lebih awal. Jika gaji lewat lebih dari 7 hari, anda boleh membuat laporan.

5. Bagaimana jika saya dipaksa bekerja pada cuti umum tanpa bayaran tambahan?

Itu melanggar undang-undang buruh Malaysia. Anda berhak mendapat bayaran gaji tambahan atau cuti gantian.