Berapa Lama Cuti Bersalin? Ini Tempoh Cuti Korang Wajib Tahu!
# Pengetahuan Pekerja

Berapa Lama Cuti Bersalin? Ini Tempoh Cuti Korang Wajib Tahu!

post by Ani

by Ani

Apr 17, 2025
pada 2:26 PM

Berapa Lama Cuti Bersalin? Ini Tempoh Cuti Korang Wajib Tahu!

Bila sebut pasal cuti bersalin, ramai ibu bekerja mula buat kira-kira. Cukup ke 3 bulan? Boleh ke sambung cuti? Ha… kalau korang tengah hadap soalan-soalan ni, korang memang kat tempat yang betul.

Dalam artikel ni, kami akan kupas semua benda yang korang perlu tahu pasal cuti bersalin di Malaysia dan hak-hak korang sebagai ibu yang bekerja. Jom mula!

Cuti Bersalin Ni Berapa Lama Sebenarnya?

Mulai tahun 2023, tempoh cuti bersalin di Malaysia dah dinaikkan kepada 98 hari. Ini adalah hasil pindaan Akta Kerja 1955. Sebelum ni, tempoh cuti bersalin hanyalah 60 hari.

Cuti bersalin berapa lama

Baca Juga: Cuti Bersalin Dan Cuti Paterniti Adakah Akan Dibayar? Ketahui Semuanya

Hak Wanita Bekerja: Apa Kata Akta Kerja 1955?

Akta Kerja 1955 lindungi hak wanita semasa dan selepas bersalin. Ini ada beberapa point penting:

  • 98 hari cuti bersalin wajib diberi oleh majikan
  • Tak boleh diberhentikan kerja semasa tempoh cuti bersalin

Kalau majikan langgar? Korang boleh report ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Jangan takut tuntut hak sendiri ya!

Boleh Tak Tambah Cuti Bersalin atau Ambil Tanpa Gaji?

Yes, boleh! Lepas cuti bersalin habis, korang boleh:

  • Ambil cuti tahunan (annual leave) sambung rehat
  • Mohon unpaid leave (cuti tanpa gaji) – atas persetujuan majikan

Ada sesetengah syarikat yang memang mesra ibu dan bagi extended maternity leave terus. Korang digalakkan bincang awal dengan HR sebelum due date supaya semua orang bersedia.

Nak masuk cuti bersalin ni bukan setakat rehat je tapi banyak benda nak prepare. Antara tips:

  • Maklumkan awal pada HR – at least 2 bulan sebelum
  • Simpan semua dokumen berkaitan (surat doktor, rekod check-up)
  • Plan tugasan kerja – siapa cover tugas, apa yang perlu disiapkan
  • Sediakan bajet kewangan – terutama kalau bercadang sambung unpaid leave
  • Sokongan emosi – bercakap dengan pasangan, keluarga, atau rakan sekerja

Jadi, Cukup Ke 98 Hari Tu?

Jawapan dia: bergantung. Ada ibu rasa cukup, ada yang perlukan lebih masa. Apa pun, penting untuk tahu hak korang dan plan awal-awal. Cuti bersalin bukan sekadar rehat, tapi masa untuk bonding dengan baby, recover fizikal & emosi, dan kembali bekerja dengan tenang.

Tengah Cari Kerja Yang Mesra Ibu Bekerja?

Kalau korang rasa sekarang kerja tak supportive langsung masa mengandung dan berpantang, mungkin dah sampai masa cari peluang baru.

Dekat Maukerja, ada banyak kerja yang flexible dan mesra ibu. Dari hybrid sampai kerja dari rumah. Click je sini untuk drop resume korang dan biar kami carikan kerja yang sesuai dengan kelayakan korang.

Drop resume

Jangan tunggu sampai burnout baru nak bertindak. Rehat itu hak, dan kerja yang faham keperluan ibu memang wujud. 

Nak Cari Kerja Kosong? Jom, Mohon Di Bawah Sebab Ada Banyak Jawatan Boleh Apply:

Pekerjaan Terkenal Boleh Mohon:

Jawatan Kosong Mengikut Lokasi: